RESEPI: JEJARI UBI KELEDEK BAKAR ( BAKED SWEET POTATO FRIES)

Menu minum petang yang sihat

Assalamualaikum dan selamat petang. Dah minum petang? Sedapkan kalau petang-petang begini dapat makan pisang goreng, karipap? Kena pulak dengan secangkir kopi atau nescafe panas.. Perghhh bagaikan serasi bersama kan.

Qaseh dan Niyaz suka sangat
Petang ni Liez saja cuba buat Jejari keledek bakar. Bakar hanya menggunakan Kuali ajaib je. Mudah dan cepat, dan yang pastinya makanan sihat. Tambahan pula, bila petang anak-anak minta biskut la kuih la. Lebih baik Liez buat menu sihat macam ini. Dan Liez join geng Makan Sihat ni, memang kena usaha jaga makan. So pada yang nak cuba, boleh intai-intai resepi Liez ye

Bahan-Bahan:
2 biji ubi keledek saiz- dibuang kulit dan potong secara jejari.
Serbuk Paprika
Serbuk lada hitam
Garam bukit
Daun Pasley - cincang halus ( kering atau segar)
Minyak zaiton

Cara - Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan tadi kecuali minyak zaiton.
2. Letakkan keledek tadi di dalam kuali ajaib dan renjis minyak zaiton sedikit.
3. Masak keledek tadi hingga garing dan bertukar warna keperangan.
4. Bila sudah masak boleh dihidangkan dengan sos tomato atau sos cili

Nota:
1. Jejari keledek bakar juga boleh dibakar menggunakan ketuhar. Ia akan menjadi lebih garing.
2. Sebelum dimakan, boleh ditaburkan keju Parmesan diatas jejari keledak yang masih panas.
3. Keledek bakar boleh diamalkan untuk mereka yang dalam prose emenurunkan berat badan tetapi dalam kuantiti segenggam dalam setiap waktu hidangan.


You May Also Like

11 comments

  1. so good to see kids like it, shall try it when have time

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk resepi ini, boleh cuba nanti ;)

    ReplyDelete
  3. nmpk pun sedap slalu sy beli dkt ramly hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak pun sedap. Terima kasih share resepi. Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. My colleague made some recently! Thanks for sharing the recipe. Boleh try nanti :)

    ReplyDelete
  6. nampak sedap je. best ni buat2 lepastu mlm2 lepask depn tv makan ubi keledek

    ReplyDelete
  7. boleh masuk dalam list utk kudap kudap anak beranak ni.. thanks for the sharing!

    ReplyDelete
  8. Simple dan senang sangat sebab tak pakai tepung. Boleh try ni ☺

    ReplyDelete
  9. alamak sedapnya nampak. terima kasih kongsi resepi. kena cari keledekla macam ni.

    ReplyDelete
  10. sedapnya..nk kena cari keledek lepas nii dan nk cuba resepi ni jugak..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, terjumpa juga entri kali ni mengenai ubi keledek. Bought a few from Cameron Highland, might bake 'em tonight.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete