LIEZ KEMBALI SELEPAS LAMA MENYEPI




Fuhhh...memang tak senang duduk memikirkan blog dah berhabuk bersawang bagai. Lama betulLiez tak mengadap depan Lappy untuk update blog. Macam-macam masalah melanda sebulan ini. Lappy tak sihat,update pakai iPad tapientry tak nampak. Terus hilang mood nak update.
Lepas tu malam sebelum ramadhan Liez diserang demam panas hampir seminggu. Bila Liez sihat,berjangkit pulak dengan Qaseh dan Niyaz. Pun sama dekat seminggu baru nak ok.  Mana lasempat nak update kan? Harap nak update pakai handphone tu, hmmm memang susah la sebab handphone skrin kecik je.Jenuh nak tenung bagai.

Ingat dah settle anak dah sihat, Liez kena balik demamnya. Allahuakbar...Memamg demamkali ini agak teruk la. Malas nak ke klinik jumpa doktor. Sebab Liez masih Breastfeed Niyaz, so taknak la makan ubat-ubatan ni. Liez guna cara natural je..Makan minyak habatussauda je. Bila dahsihat dalam 2 hari,Mak ayah Liez pulak demam tak boleh bangun... So Liez jaga diaorang pulak.Pun makan masa5 hari untuk recover sepenuhnya.
Baik je mak ayah dari demam,Liez kena fokus pulak dengan tempahan kuih raya. Alhamdulillah,rezeki ada dimana-mana. Walaupun tak banyak tapi cukupla untuk cover perbelanjaan rumah.


Malam ni Liez baru settlekan tempahan untuk diserahkan pada empunya kuih raya. Itu pun siang tadi wife kawan Dearie baru Whatsapp tanya pasal kuih raya. Dia tak tempah pun tapi dia tanya if Liez still ambik order lagi. Macam tak sampai hati nak kata tidak. Sebab dia penah tempah jugak padaSyawal yang lepas. Syukur rezeki dia nak 5 balang Chocolate Chip cookies dan 5 balang Crunchy Chocorocher. So esok kita merempit lagi siapkan order last minute ni.

Panjang pulak Liez membebel kan??Ok la Liez nak out dulu. Nak susun cookies masuk dalam balang. Ada delivery dekat Sri Rampai dan Tawakal hospital.


Post a Comment

4 Comments

  1. wah gigih liez amik tempahan ye.
    aida buat beberapa pun dah kepenatan.
    tu utk diri sendiri tau.
    kalau2 la amik tempahan, memang fengsan! :) hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat juga bab2 buat cookies ni... tu yang layan buat.. ada la.tempahan dr kwn2 dan saudara mara

      Delete
  2. Laaa kesian semua jadi demam...tu la musim sekarang ni, panas sangat. Mai skrg pun sakit2 tekak.

    Rajin akak ambil tempahan kuih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. demam viral mai... mmg seksa menanggung sakit... akak suka klau bab baking2 ni... tapi bab masak2 lauk mmg bercinta la... but western boleh aje..

      Delete