THE BLOGGERS DINNER OLEH HEXA COOPERATION


Jumaat yang lepas, Liez berkesempatan memenuhi jemputan The Bloggers Dinner oleh Hexa Cooperation dan Lynk.my. Liez menjadi peneman +Mrs Fuzy sweetsourleyra. Ini kali kedua Liez menghadirkan diri ke event sebagai blogger. Liez excited untuk menimba ilmu untuk menjadi blogger yang sukses tau... Jika ada yang mengundang untuk ke event, insyallah Liez akan cuba penuhi jika tiada kekangan masa dan urusan rumahtangga. Kali ini Liez semeja dengan blogger famous +Anil Wanina dan saudara +kamil salleh  . Memang happening la meja kami...Kerja gelak aja...


Ucapan dari COO Hexa Cooperation,Mr Fakhrul Iswandi

Rezeki dapat bersembang dan bergambar
 dengan blogger mashyur Hasrul Hassan
The Bloggers Dinner oleh Hexa Cooperation dan Lynk.my diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan untuk pelancaran Lynk.my versi terbaru dan juga penghargaan kepada blogger-blogger terpilih yang menyokong Lynk.my. Ramai blogger-blogger yang terkenal hadir pada malam itu,terutama sekali blogger Hasrul Hassan, Mahamahu, Anil Wanina dan ramai lagi. Meriah betul majlisnya. Hexa Cooperation juga meraikan anak-anak yatim yang juga anak angkat kepada Hexa Cooperation. Tahniah Hexa Cooperation kerana tidak melupakan anak-anak yang memerlukan. Semoga rezeki kalian bertambah. Aminnnnn....
Partner in Crime,Umi Fuzy

Majlis yang meriah ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Sharifah Shahirah sebangai emcee majlis. Memang tak kering gusi dibuatnya. Asyik mengusik anak-anak yatim dan tetamu yang hadir. Acara majlis juga bertambah havoc dengan cabutan nombor bertuah. Memang banyak betul hadiah-hadiah yang menanti tetamu yang datang. Alhamdulillah semua di meja kami berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah...
Sesi bergambar Hexa Cooperation dan
wakil- wakil sponsor yang terlibat
Tahniah sekali lagi kepada Hexa Cooperation kerana mengadakan majlis yang meriah walaupun ini adalah pertama kali diadakan. Terima kasih kerana menjemput kami blogger-blogger sebagai menghargai kerjasama ini. Tidak dilupakan terima kasih VVIP, AJK Best Blogger Network (BBN) dan para penaja.
Para blogger yang bergambar riuh malam itu

Semoga Liez diberi peluang lagi untuk sama-sama bekerjasama dengan Hexa Cooperation dan  Lynk.my.


Nantikan entri kedua ........

Post a Comment

6 Comments

  1. Hi ucing singgah sini (^_^).

    ReplyDelete
  2. haaaa jealousnya ramai yang legend2 nie. harap2 lepasnie ada lagi hikhik

    ReplyDelete
  3. WAh! seronok dan meriah nampaknya.

    ReplyDelete
  4. Hebat! Seronok dapat jumpa rakan blogger. Blogger femes lagi tu..
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sbb sudi hadir ke event ni .. :) gembira akhirnya dapat bertemu wajah ..

    ReplyDelete