PROSES PENYEMBUHAN DAN KEPUTUSAN UJIAN KETULAN PAYUDARA



Rutin cuci luka pembedahan memang kena setiap hari. Hari pertama balik dari hospital memang mencabar la. Sebab Liez tak boleh bergerak lasak. Namun darah keluar dengan banyaknya sampai basah baju Liez.

Kebetulan mak Liez ada di rumah, jadi mak Liez la yang tolong cucikan lukapembedahan. Dearie Liez memang tak sanggup nak buat sebab katanya mabuk darah.Tapi masuk hari kedua dan seterusnya, Dearie yang cuci luka itu. Alhamdulillah, luka makin elok selepas 5 hari.Walaupun bahagian bawah luka tu mcm tak rapat. Tapi lepas seminggu luka pun kering.

Seronok bila luka dah kering sebab Lies penat nak kena kawal pergerakan tangan. Baju pun dah boleh pakai sendiri. Dearie Liez yang pakaikan baju sebab Liez memang tak boleh nak angkat tangan tinggi. Risau jahitan terbuka. Ngilu tau. Makan pun berpantang. Tak boleh makan makanan yang boleh menyebabkan gatal. Alhamdulillah, sepanjang berpantang tu semua Liez elakkan.

elepas sebulan,kami pun kembali ke hospital untuk berjumpa dengan doktor. Untuk mengetahui tentang ujian yang dibuat ke atas sample ketulan itu. Selepas doktor memeriksa jahitan, semuanya ok dan keputusan ketulan itu doktor nyatakan. Alhamdulillah, ketulan itu hanya kumpulan tisu-tisu yang berlebihan dan berkumpul dalam payudara itu. Lega kami dengar. Hati pun berbunga-bunga. Dan doktor dengan gembiranya memberitahu Liez tidak perlu datang lagi ke hospital. Liez lagi la gembira kan...


Dah 6 tahun, pembedahan itu berlaku. Dan setiap detik-detik pembedahan itu Liez ingat sampai sekarang. Parut masih ada. Dan lepas 2 bulan pembedahan itu, benjolan pada ketiak kanan Liez pun hilang. Liez berterima kasih pada Dearie sebab menjaga Liez bagai puteri sepanjang sebelum pembedahan dan selepas pembedahan. Terima juga pada mak Liez kerana menemani Liez selama setahun kami berulang alik ke hospital. 

Post a Comment

1 Comments

  1. semoga kak Liz diberi kesihatan yang baik selalu Aamiin... ^^

    ReplyDelete