GIGI SUSU ANAK DAH GOYANG, PERLUKAH DICABUT ATAU BIAR TERCABUT SENDIRI?

Minggu lepas ada kawan ke pada kawan Liez bertanya pada kawan-kawan di Facebook tentang gigi susu kanak-kanak. Dia menyatakan kerisauan terhadap gigi susu anaknya yang berusia 7 tahun sudah goyang. Perlukah gigi susu anak yang goyang, dicabut atau biarkan tercabut sendiri?

Liez tak berani nak memberi pendapat sendiri jadi Liez menggunakan bantuan encik GOOGLE untuk mendapatkan jawapan.

Soalan: 
Perlukah Gigi susu dicabut atau dibiarkan tercabut sendiri?

Jawapan: 
Menurut pandangan profesional pergigian, Dr Mazleen Abdul Rahman dari Klinik Pergigian Dr. Leen
Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak? Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.
Dr Mazleen Abdul Rahman juga mengatakan masalah atau dilema ini biasa berlaku terutama sekali bagi ibu bapa dan anak pertama mereka. Katanya ramai yang mendapatkan perkhidmatan untuk mencabut gigi apabila gigi susu anak mereka mula bergoyang.
“Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.          
“Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tertanggal sendiri apabila tiba masanya,” kata Dr Mazleen.
Perlu dicabut
Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh para doktor gigi iaitu:
1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan berani untuk mencabut gigi anak yang sudah bergoyang.
Antara Mitos & Fakta
Selain itu, menurut Dr Mazleen, terdapat mitos yang mengatakan sekiranya gigi susu yang sudah bergoyang tidak dicabut segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak tersusun dan bertindan. Katanya,hal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Terdapat beberapa keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh menjadi tidak teratur?

1. Keturunan
Rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat untuk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2. Gigi yang dicabut terlalu awal
Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak mengambil tempat kawasan yang dicabut . Hal ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di lokasi tersebut tiada tempat . Biasanya gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3. Gigi susu yang tidak dicabut
Gigi tidak teratur biasanya terjadi apabila gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh. Pada kebanyakan keadaan, gigi kekal menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.
Elak trauma
Dr Mazleen menyarankan ibu bapa agar membawa si manja untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia dua atau tiga tahun. Bukan sahaja bertujuan cabut gigi, tetapi untuk pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
“Hal ini amat penting kerana apabila mereka sudah biasa dan tidak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan sama ada tampalan atau cabut. Jangan sesekali memaksa mereka untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik. Bimbang sekiranya mereka tidak melakukan dengan rela hati mereka boleh menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sehingga dewasa kelak,”.
Menurutnya lagi, sekiranya si kecil memang tidak mahu memberi kerjasama, terdapat rawatan lain di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi dijalankan. Katanya lagi, gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.
INFO: Kanak-kanak akan memiliki 20 batang gigi susu. Warnanya putih seperti susu dan akan mula luruh apabila mencecah usia lima tahun ke atas dan diganti dengan gigi kekal.

Sumber: Majalah Pa & Ma

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. hahaha guna khidmat doctor turun temurun kita kannnnn

      Delete
  2. Dulu teringat zaman kecik mak husniey goyangkan gigi husniey pastu cabut pakai tangan je, hhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la... xpernah g cabut kat klinik... tp ada sejarah hitam dekat klinik gigi sebenarnya

      Delete
  3. gigi anak saudara saya 6 tahun dah dicabut oleh ayahnya. so...cabut je rasanya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. rsnya sesetgh parents ni sbb xtahu kan... 1st baby ke... so xtahu nak buat mcm mn... klau kita main cabut je..

      Delete
  4. Klo gg gerham susu akan tertinggal dgn sdn jgk kr

    ReplyDelete
  5. Klo gg gerham susu tu dh rosak. Tpi dah goyang.. Adakah akan tertanggal dgn sdn atau perlu ke klinik! Ank sy dh fobia

    ReplyDelete