BAHAYA KAH ANAK DUDUK KEDUDUKAN SILA KATAK ?


Sumber: Google

Ada beberapa ketika Liez nampak Niyaz duduk W atau Liez panggil sila katak. Tapi tidak la terfikir bahaya kan sebab dia duduk sekejap je dalam 5 -10 saat. 
Kalau korang perasan anak yang baru berlajar duduk memang akan cenderung duduk gaya macam ni. Mungkin mereka rasa selesa. Tapi tahukah korang ada beberapa keburukan atau kemudaratan sebenarnya.

Tetapi sekiranya korang membaca fakta berikut ini, mungkin selepas ini anda pasti akan segera memperbetulkan kedudukan anak yang sedang duduk sila katak.

1. Kesan kepada pergerakan

Namun, jika cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun, kemungkinan besar ia boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.
    
2. Ganggu perkembangan kemahiran

Cara duduk akan menyebabkan bertambahnya tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan bahagian otot perut dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

3. Otot bahagian atas kurang berfungsi

Si manja mungkin akan berasa selesa kerana otot bahagian atas tubuh tidak banyak berfungsi sebaliknya menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain.

4. Risiko hip dislocation
    
Duduk seperti ini dengan kerap dan lama akan mendedahkan si manja kepada hip dislocation iaitu masalah kedudukan sendi pinggul yang boleh mengakibatkan cara anak berjalan terjejas dan mudah hilang keseimbangan.    

5. Sukar duduk di kerusi tanpa sokongan

Ia juga boleh memberi masalah untuk dia duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

Menyedari kesan buruknya, elakkan si manja daripada duduk dalam keadaan ini. Minta dia mengubah kedudukan secepat mungkin dan beritahu untuk tidak duduk begitu pada masa akan datang serta kesan buruk yang bakal dihadapi.
 
Sumber: Majalah Pa & Ma

Kalau anak duduk sekejap tu Liez rasa tak perlu risau. Tapi jika menjadi kebiasaan dia, korang kena perbetulkan ye...

Post a Comment

3 Comments

  1. Ohh baru tau cara duduk pun blh beri kesan kpd kesihatan dn perkembangan anak2 kecil..

    ReplyDelete
  2. masa sekolah rendah dulu, ada sorang kawan sha suka duduk mcm ni. sha punya takut kaki dia patah haha >< taksangka pulak yang cara dia besila ni mmg bahaya

    ReplyDelete
  3. Suka juga duduk katak ni dulu-dulu 😂

    ReplyDelete