PENGALAMAN INDAH DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON

Memang dah lama Liez dan keluarga tidak bercuti beramai-ramai. Seingat dulu keluarga belah mak Liez akan adakan hari keluarga setiap tahun. Lokasi kami bercuti diantaranya Melaka, Cameron Highlands dan Port Dickson. Sebut mengenai Port Dickson, memang dah lama Liez tidak ke sana. Ianya salah satu lokasi yang sangat terkenal dengan pantainya.Lama pun Liez tak ke sana, rindu pula nak lepak-lepak di tepi pantai yang indah. Port Dickson antara tempat tumpuan pelancong yang terkenal di Malaysia terutama bagi warga Selangor dan Kuala Lumpur. Ia juga adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan pelancongan seperti resort-resort yang cantik dan aktiviti-aktiviti pantai yang menarik. Selain pantai, terdapat juga beberapa tempat menarik untuk dilawati di antaranya Muzium Tentera,Ostrich Farm,Cape Rachado dan banyak lagi untuk korang terokai.
Pantai Port Dickson
Cape Rochado


Ostrich Farm
Di samping itu, salah satu sebab kenapa ramai yang suka menghabiskan masa di Port Dickson pada hujung minggu atau short break kerana jarak perjalanannya  yang singkat. Lebih kurang 2 jam ½ sahaja. Tak perlu ke tempat lain untuk menikmati keindahan pantai. Cuma bila cuti berganda atau cuti hari perayaan akan mengambil masa untuk sampai ke sana. Tapi kalau bercuti punya pasal, memang tak dihiraukan pasal kesesakan tue kannnn??? hihihi
Korang boleh mendapatkan harga bilik yang terbaik di Traveloka
Dulu masa kecik-kecik kalau rasa nak mandi laut, Port Dickson lah tempatnya.  Kalau tak dengan mak, ayah dan adik beradik, selalu ikut mak saudara bercuti sama-sama dekat sini. Cuma sekarang ni, banyak juga yang berkata tentang kebersihan pantai di Port Dickson kurang diambilberat oleh pengunjung. So macam agak kecewa la jugak kan tapi sejak Liez tahu pasal Klana Beach Resort Port Dickson on Traveloka, terus rasa macam boleh dah nak datang banyak kali untuk lepak dekat Port Dickdon. Korang akan jatuh cinta dengan keindahan Klana Beach Resort dan pemandangan sekelilingnya. Pertama kali Liez sampai dekat Klana Beach Resort dan macam tak percaya yang Port Dickson mempunyai laut biru nan indah. Serius, memang akan memukau pandang korang bila sampai di Klana Beach Resort.
Pandangan Hadapan Klana Beach Resort
Selain itu, yang lebih menarik adalah tempat penginapan ni merupakan antara hotel patuh syariah yang ada di Malaysia. Ia terletak di Kompleks Baitulhilal dan rasanya ramai yang tahu tempat penginapan ni di bawah seliaan MAINS iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Apa yang korang perlu tahu, ada beberapa peraturan yang pengunjung perlu patuhi.  Macam risau pulak dengar pasal ada peraturan bagai kan??? Jangan risau,bukan peraturan yang melampau tau. Cuma bab pemakaian korang kena jaga. Tak boleh berpakaian menjolok mata atau memakai seluar pendek. Yang bestnya, kolam renang diasingkan untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak. So kalau mak-mak kita yang segan nak mandi di kolam sebelum ni,dekat sini dah tak perlu rasa malu. Pengunjung juga tidak dibenarkan membawa minuman beralkohol atau makanan yang tidak dibenarkan ke dalam kawasan hotel.
Bahagian depan resepsi resort

Antara bilik yang ditawarkan

Ruang cafe di resort

Resort ni hanya mempunyai lebih kurang 80 buah bilik sahaja. Setiap minggu bilik di resort ini akan penuh dengan pengunjung terutama bila cuti sekolah atau cuti perayaan. Kalau korang lambat buat tempahan, memang agak sukar untuk korang nak dapatkan bilik di resort ini. Selain kerana resort mematuhi syariah,kemudahan-kemudahan lain di resort ini sentiasa diselia dengan baik. Kalau dikirakan sudah beberapa tahun resort ini beroperasi tetapi semua peralatan nampak macam baru. Dalam setiap bilik resort ini disediakan peti ais, televisyen dengan siaran astro, wifi, coffee maker, pengering rambut, seterika dan bantal tambahan. Selain itu,juga disediakan naskah Al-quran dalam laci di setiap bilik. Memang terbaik dan memudahkan pengunjung yang datang bermalam disini. 
Mesti bila korang baca nie terfikir adakah hotel ini hanya untuk pengunjung beragama islam sahaja? Semestinya tidak. Pengunjung lain boleh datang menginap di sini. Tiada halangan asalkan mematuhi peraturan – peraturan yang Liez nyatakan tadi. Selain itu,agensi – agensi kerajaan dan swasta juga sering mengadakan program – program secara berkumpulan di resort ini.

Pusat Cerap


Lagi menarik tentang resort ini, Liez sangat menggalakkan korang membawa anak-anak bercuti di resort ini kerana anak-anak boleh menimba ilmu. Kenapa Liez cakap begitu? Sebab di dalam kawasan resort ini juga terletaknya balai cerap yang menempatkan teleskop terbesar di Malaysia. Antara pusat kajian ilmu astronomi yang terunggul di rantau ini. Dan pengunjung boleh melihat sendiri fenomena cerapan cakerawala dan ilmu falak. Seronok kan?
Jangan tunggu lagi, jom cepat book Klana Beach Resort Port Dickson on Traveloka hari ini untuk mendapatkan harga yang sangat berpatutan. Setiap tempahan hanya dihujung jari dan penuhi masa cuti korang dengan bersantai dan bergembira di Klana Beach Resort Port Dickson. Pasti meninggalkan kenangan percutian terbaik korang.

You May Also Like

2 comments

  1. Cantiknya pantai, nampak tenang sangat 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez suka PD ... walaupun ramai orang klau time cpublic holiday ke weekend ke tp PD tetap best

      Delete