GOPENG WATER RAFTING

Liez dah cuba water rafting dengan family besar Dearie tahun 2012 sebenarnya. Memang seronok dan mencabar la untuk first timer macam Liez nie. Actually ni annual family day family my Dearie. Kami berkumpul lebih dari 30 untuk melawat tanah hak milik adik beradik di Gopeng tu. Sambil melawat tanah, sambil berfamily day. Dalam itinerary ada pulak water rafting. Memang excited la nak cuba.

Sampai je kawasan menunggu, kami kena naik lori beramai- ramai untuk ke kawasan tanah pusaka. Wowwww kali pertama naik lori ni selain naik Black Maria dan Land Rover polis tau.. hihihi memang jalan agak mencabar sebab tu kena naik lori. Berhimpit-himpit sambil gelak tak ingat punya bila kuasa goyangan lori tu terlampau... hihihi

Jom naik lori
 Sampai je terus berjalan kaki melalui denai-denai kawasan kepala sawit. Dngan jalan yang lecah dan pacat menunggu la. Tapi seronok sebab mak seaudara my Dearie ni walaupun dah berumur tapi memang happening la... Sepanjang jalan tu ada je benda yang mencuit hati.

Laluan ke tanah pusaka dikelilingi pokok kelapa sawit


Kami lalui sungai Gopeng yang tengah berarus deras sebab baru lepas hujan hari sebelumnya. Masing-masing mengesan tanah pusaka masing-masing. Liez dan Dearie follow je sebab ada tanah mama mertuaku..hihihi


Masing-masing niat nak terjun sungai pun ada sebab panas


Settle meneroka tanah-tanah pusaka, kami naik semula lori tadi dan terus ke homestay berhampiran. Makanan tengahari dah tersedia. Perggghhhh lapar sebab berjalan jauh kan.. Memang terbaik la sebab makanan kampung yang terhidang. 



Lepas lunch dan solat, kami berehat sekejap sebelum proceed untuk water rafting. Semua telah diuruskan oleh sepupu my Dearie. Kalau korang tengok macam menakutkan je water rafting, sebenarnya memang seronok. Kami siap gelak lagi. Even ada aunties yang berumur 60 tahun join sama... Dia duduk dekat tengah-tengah je..Sebenarnya water rafting nie memang mencabar dan menyeronokkan. Lebih kepada semangat berkumpulan. If sorang silap, boleh masuk dalam air. Tapi jangan takut, sebelum korang nak join water rafting ni korang akan diberi taklimat tentang water rafting. Siap ada insurance tau.

Waktu ni kat last stop.. Masing - masing kena angkut inflatable raft sendiri

Bergambar selepas selesai water rafting.. teruja semua orang
Gambar keluarga, bersama mama dan abang ipar.. Baba mertua tak nak join
Jambatan yang menghubungkan kawasan homestay
Masing-masing dahaga lepas penat ketawa dan beraksi dalam air
  
Antara homestay yang ada disitu
  



Memang seronok tau water rafting dekat gopeng ni. Banyak kali cakap dengan Dearies untuk repeat lagi. Memang seronok sangat. Bayaran untuk water rafting termasuk insurance dan sijil dalam RM 12+ seorang kalau tak silap Liez la. Tapi tahun 2012 tau.. Sekarang tak tahu la berapa.
Korang patut cuba tau sebab seronok dan mencabar. Even anak-anak yang berumur 7 tahun kea tas boleh join tapi duduk dekat tengan raft tu la..

Time tu belum ada action camera kan so rasa macam kena pergi sekali lagi untuk rakam setiap detik masa water rafting tu.

Kalau buat family day dekat situ pun boleh, yang tak nak turut serta dalam water rafting boleh la mandi manda dekat sungai tu. Memang best

You May Also Like

12 comments

  1. Menariknya.. Adventures betul liez..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal-awal takut jugak sebenarnya... tp bila ramai-ramai dan experience sendiri memang takde la menakutkan water rafting ni

      Delete
  2. Wah menariknya. Selalu tgk org main water rafting ni. Kalau ana tak tau berani ke x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ana.... jom nnt kita buat utk club blogger ke kannnn

      Delete
  3. fae pernah teringin nak join water rafting tapi after years tinggalkan aktiviti lasak, hasrat tu terkubur camtu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..... cuba la lagi.. kak liez mmg dari kecik lagi jenis lasak.. rasa takut ada tapi nak jugak cuba... lgpun even aunty2 nak join takkan kita takut pulak kannn

      Delete
  4. tempat acam tu memang banyak pacat. saya dah lali dengan pacat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dah lali... sebab pernah duduk dekat dengan sawah padi... kadang2 saja bagi pacat naik atas kaki sebab nak tgk dia sedut darah

      Delete
  5. tempat acam tu memang banyak pacat. saya dah lali dengan pacat.

    ReplyDelete
  6. Gopeng ni atas lgi dri slim river kan? IQ pernah rafting dkat ulu slim. Mmg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kot...hihihi tak tahu sgt pasl perak ni... ikut je sbb suami org perak..

      Delete