HOMEMADE TWISTIES


Ini la rupanya
 Kiri tu memang pedas sikit, tapi yang plain pun sedap
 Ada bloggers yang tanya resepi homemade twisties ni... Meh Liez sharekan.. Liez pun dapat dari kawan-kawan yang share dekat FB...
Boleh buat perasa ikut citasa rasa sendiri. Nak letak nestum saja ke, nak letak cheese ke terpulang... Twisties rekaan sendiri la katakan... 

Bahan - Bahan:
* 1 Bungkus laksa kering - boleh basuh, tos kan dan keringkan bawah cahaya matahari. Make sure betul-betul kering baru boleh goreng.
* Minyak untuk menggoreng - banyaknya macam nak goreng keropok tau

Bahan Perasa untuk plain
Garam bukit - yang warna pink tu tau sebab lebih healthy katanya
Gula perang organic - pun lebih healthy
Serbuk habatussauda
* Sukatan ikut berapa banyak kita buat twisties tu..*

Bahan Perasa untuk pedas
Serbuk kari daging - resepi asal pakai baba's tapi boleh je pakai faiza atau Adabi
Serbuk kari ayam - resepi asal pakai baba's tapi boleh je pakai faiza atau Adabi
Serbuk nestum 
Serbuk cheese - option
serbuk pati ayam - option
Garam bukit 
Gula perang organic 

Cara - cara membuat:
1- Goreng laksa macam goreng keropok. Sampai kembang.
2- Toskan minyak.
3- Bila nak perasakan, campurkan dulu bahan-bahan perasa dalam mangkuk.
4- Masukkan laksa yang dah sejuk tu dalam balang dan tuangkan perasa tadi. Tutup balang dan goyang-goyang inul disitu sampai semua laksa tadi diselaputi perasa. Dan .... dah siap... Senangkannnnnnn

Liez layan jugak yang plain flavor tu sebab ada rasa masin manis tu.. sedap tau...try ye

You May Also Like

20 comments

  1. Guna laksa je rupanya. Senang juga tu. Boleh lah mencuba nanti utk sesi kudapan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ana... pakai laksa je tau...n sedap dan healthy

      Delete
  2. haaha goyang inul keropok dalam tu semua =D

    ReplyDelete
  3. Telan liur baca resepi. Terima kasih kak Liez.. Tak terfikir nak buat macam ni dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la mai... boleh ubah bahan perasa tu ikut suka..

      Delete
  4. amboi amboi dua askar tu khusyuk makan ye. bagilah kakak elsa sikit hakhakhak :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sorang satu mangkuk pun yang Niyaz berebut nak kakak di punya...hihihi

      Delete
  5. Lagi selamat buat sndri kan. Xde bhn2 yg berbahaya. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... nak bagi anak kecik mkn pun tak rs bersalah tau..

      Delete
  6. goyang2... hihihihi. tapi unni x penah makan..

    datang terjah dan klik iklan. (Kami Suka Terjah Blog )

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks unni.... tgg akak dtg yeeee

      Delete
  7. tak pyh beli kat kedai dah pasne hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... dan pasti takde msg yang berlebihan tu

      Delete
  8. ooo guna laksa rupanya. kalau mcm tu perasa kita boleh olah sendiri la kan? Hmmm bijak bijak.. boleh try lepas ni. Thank you share

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer try awa... boleh bg anak-anak mkn tanpa rasa bersalah dan takut byk msg

      Delete
  9. Replies
    1. buat la.. Dearie Liez mmg layan dia 1 balang sorang je

      Delete