BILA NIYAZ TAK SIHAT..

Hari ni dah 2 hari tak pergi kerja coz jaga Niyaz demam since last saturday. Dah bawak pergi klinikhari sabtu lepas tapi still tak baik-baik juga. Last night ke klinik juga dalam pkl 10 malam coz tetiba je terjaga dari tidur dan muntah-muntah. Dan pernafasan dia macam cepat.. Macam semput.. Dan Niyaz pun duk longlai je kat bahu Liez. Terus la bergegas ke klinik Idzham dekat Melawati.
Sampai je tengok ramainya orang tengah menunggu. Dapat pulak nombor 90.. That time baru no 73... Masak menunggu.. Niyaz awal-awal tu dah ok.. Bila lama sikit dah merengek nak susu. Qaseh memang dah tidur masa dalam kereta lagi. Dearie terpaksa la dukung dia... Tak lama lepas tu my parents in law sampai.. Padahal diaorg baru je sampai rumah adik ipar. Bila Dearie called kata dekat klinik coz Niyaz tak sihat, terus diaorang datang. Cucu kesayangan la katakan.. Bila Niyaz nampak atok dia memang dia nak dukung je la..hihihi..
Finally pkl 12.30 pagi baru masuk jumpa doc. Dr Firdaus namanya.. Suka tengok doctoir ni sebab soft spoken sangat.. Bila dia check dan dia tanya nak neb ke sebab ada bunyi kahak dekat lung dia.. Liez pun terus je kata nak.. Memang Liez tak pernah la nak neb kan Qaseh dan Niyaz sebelum ni.. sebab tak serius but this time memang tak sanggup tengok Niyaz tidur dengan nafas bebunyi dan asyik batuk je..
Beberapa saat yang pertama Niyaz macam relax je bila nurse letak neb dekat mulut dia. Tapilepas tu dia meraung la.. Liez pegang tangan dan kaki.. Memang kuat dia meronta.Minta tolong Dearie pegang kepal Niyaz, pun sama dia punya kuat meraung dan meronta tu memang boleh tahan. Dearie tu dah sedih la tengok anak-anak klau meraung macam tu..hihihihi chill baba... anak-anak kita kuat tau.. just Niyaz je tak biasa nak neb ni..


CUBAAN QASEH PUJUK NIYAZ TAK BERJAYA
Lepas je settle neb, we all balik rumah. On the way balik tu, Niyaz batuk dan muntah keluar kahak..Alhamdulillah.. Lega rasanya.Sampai rumah dia dah tido. Tapi tengah malam dia still terjaga 1/2 jam sekali.. Dia nak menyusu..Liez pun dar hari sabtu memang tak boleh tidur sebab dengan tak senang hati dan Niyaz asyik terjaga. Dah bermata panda dah ni.. Pagi nie dia bangun dan poo poo penuh pampers sampai bocor. Bila cuci...haaaa byk giler lendir keluar...lega rasanya bila tengok lendir keluar... Tapi still badan dan kepala Niyaz panas...

NIYAZ MERENGEK JE..

Hope anak mama cepat sembuh... Tak sanggup tengok Niyaz lembik tak bermaya.

You May Also Like

3 comments

  1. Aunty doakan semoga cepat sembuh ye Niyaz. Be strong to Liez.

    ReplyDelete
  2. alololo kesian dia tak senang duduk haa. get well soon niyaz :*

    ReplyDelete