BILA THAIPUSAM JE...MULA LA KENA CUTI MENGEJUT

Haaaaa.... bila tengok subjek mesti rasa apa yang Liez cakapkan nie.... Kisahnya Hari Rabu tu Liez terpaksa ambik cuti sebab jalan utama dari rumah dah ditutup. Sebab memberi laluan kepada upacara keagamaan Thaipusam... Since pindah dekat Batu Caves, ini tahun ke 3 Liez lalui pengalaman ni,.
Memang sengsara la masa 1st year sebab tak bergaul lagi dengan jiran tetangga so tak tahu info kan.. Tapi tahun ni, Dearie ada group WA dari community dan FB community akan update info.. so boleh la tahu info kan..
Hari selasa tu masa dalam perjalanan balik dengan Qaseh dan Niyaz, memang dah stuck jalan dari MRR2 nak menghala ke KTM... Sempat la Liez snap picture suasana time tu tapi tetiba... Radio lagu metal kedengaran dibelakang... Niyaz dah meragam mintak dilepaskan dari car seat.. huhuhuhu
Memang dah agak pun sebab Niyaz akan mula bosan dan meragam klau duduk dalam kereta dalam car seat lebih dari 30-45minit. Atau bila kereta tak bergerak.. Uissshhh di punya jerit macam nak peach gegendang telinga.. Yang Qaseh suruh Liez dukung Niyaz... Waaaa memang tak la... Dulu masa dia baby lagi bwh 5 bulan boleh la nak dukung, sambil bf sambil bawak kereta. Sebab tak pandai nak panjat bagai lagi.. Sekarang dah pandai jalan, pandai panjat sana sini.. memang tak dapat la kan..Tahan je la telinga.. siap suruh Qaseh menyanyi lagu 25 Rasul la, selawat zikir la, lagu Didi and friends la... pun tak jalan..Kira kering tekak nak nyanyi bagai ni...
Mencabar la since Niyaz dah cerdik dan dah mula bosan duduk dalam car seat.. Sekarang ni kena prepare cookies untuk lalaikan dia... klau tidak memang melayan la tangisan tue...

Thaipusam disambut setahun sekali oleh penganut Hindu.. so kita kena tolerate dengan perayaan diaorg... Tal rugi pun... Tapi ada Liez tengok yang maki hamun marah jalan jammed la apa la...hmmmm suka hati korang la..
Kena faham sendiri la klau dah duduk area Batu Caves kan...


GAMBAR DIMALAM THAIPUSAM



You May Also Like

9 comments

  1. Liez pun pernah bf sambil drive? Sama lah kita. Tak tahan dengar menangis. Botol pulak tak mau. Betul tu setahun sekali je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah byk kali.. that time baby berani la nak dukung sambil bf kan... sekarang ni memang tak boleh...

      Delete
  2. Dekat je rupanya kita. Ana dari lahir sampai sekarang duduk sini dah tau sangat. Mujir ada laluan alternative nak ke pejabat. Tapi colleague yang lalu MRR2 kebanyakan stuck utk hampir seminggu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke... anak dekat mn? Liez mmg belakang batu caves... 1 year pindah situ mmg merana la sbb tak kenal sapa2 lagi..so main taram je lalu... masak!!!! menangis dalam kereta sbb stuck lama.. that time qaseh xde adik lagi so just dengar qaseh membebel je la.. skrg dah ada community bagai siap updated thru FB dan WA so takde la stress sgt.. ikut laluan ke tempat buangan sampah tembus kg laksama tu

      Delete
    2. ana dekat sg tua. kalau nak ke arah ampang/mrr2 time thaipusam ana lalu ikut sg kertas tembus ke sri gombak atau turun jalan kuching kemudian naik DUKE. so far last week ikut jalan kuching time thaipusam ok je.

      Delete
  3. malam thaipusam elsa keluar pergi danau kota tau kak. haih memang tersangkut teruk dalam jem! aduh aduh memang silap time pergi memang lupa betul time tu thaipusam hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... next time kena avoid kawasan berhampiran ngan batu caves... terutamanya MRR2 dan DUKE...

      Delete
  4. Replies
    1. klau budak kecik tu jenis relax takpe.. ini dah macam kena dera meraung dalam kereta....

      Delete