Homemade Serbuk Beras Perang

Dah 3 kali Liez buat sendiri serbuk beras perang untuk Niyaz. Awal tu beli dengan member tapi tak sampai seminggu habis.. Ye la ada pun 100gram.. Liez pun beli beras perang 1kg then buat..Alhamdulillah memang senang if ada serbuk ni. Pagi-pagi ceduk 2 sudu besar serbuk beras perang, masukkan kiub chicken stock dan kiub vege puree. Tak sampai 10 minit dah siap makanan untuk Putera Liez tu.

Cara nak buat serbuk beras perang ni agak makan masa sikit. Lama sebab kena rendam selama 12 - 24 jam. Liez rendam 12 jam je.Rendam pun dengan sedikit jus lemon. Kenapa perlu rendam? Baca info dkt FB GrupNutrisi RemediAlami M'sia


Cara-cara membuat serbuk beras perang
1) Basuh beras dan rendam beras dengan jus lemon selama 12 - 24 jam.
2) Bilas dan toskan.
3) Sangai dalam kuali tanpa minyak. Kacau hingga kering dan keperangan.
4) Biarkan sejuk dan kisar hingga halus. Liez kisar sekali je.. Tapis dan yang    kasar blend lagi hingga semua halus.
5) Simpan dalm bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk untuk      tahan lama.





You May Also Like

0 comments