RAMADHAN 1437h - PUASA BAGI IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU

IBU MENGANDUNG DAN IBU MENYUSU WAJIB GANTI PUASA TAK?
Wanita hamil dan yang menyusukan, jika khuatir terhadap diri mereka sendiri ataupun anak mereka, harus bagi mereka untuk tidak berpuasa dan sebagai gantinya, memberi makan untuk setiap hari satu orang miskin.
Perkara ini dijelaskan di dalam Kitab Allah سبحانه وتعالى :
“Dan wajib ke atas mereka yang merasa berat untuk berpuasa membayar fidyah (iaitu) memberi makan seorang miskin.” [Al-Baqarah : 184]
Hujjahnya dari ayat ini ialah, bahawa ayat ini khusus bagi orang tua, wanita lanjut usia yang tidak larat berpuasa, orang sakit yang tiada harapan sembuh dan wanita hamil serta wanita yang menyusukan bayinya yang merasa khuatir terhadap diri mereka atau khuatir terhadap janin/bayi mereka. Akan dijelaskan penerangannya daripada Ibn ‘Abbaas dan Ibn ‘Umar رضي الله عنهم.
Imam Ad-Daaruquthniy رحمه الله pula telah meriwayatkan (1/207) daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهم dengan periwayatan yang beliau hukumkan shohih bahawa Ibn ‘Umar رضي الله عنهم telah berkata :
“Wanita hamil dan yang menyusukan harus untuk tidak berpuasa dan tidak mengqadhanya.”

Beliau juga meriwayatkannya dengan jalan periwayatan yang lain :
“Bahawasanya isterinya yang hamil telah bertanya, jawab Ibn ‘Umar رضي الله عنهم: Berbukalah (usah puasa) dan berilah makan kepada seorang miskin sebagai gantinya setiap hari dan tidak perlu mengqadhanya.” [Sanadnya hasan]

Dari jalan periwayatan yang ketiga daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهم juga :
“Bahawasanya anaknya yang bersuamikan seorang berketurunan Quraisy, sedang hamil (ia berpuasa) dan kehausan pada bulan Ramadhan. Ibn ‘Umar رضي الله عنهم pun menyuruhnya agar berbuka (usah puasa) dan memberi makan kepada seorang miskin sebagai ganti setiap harinya.”

Ini adalah penerangan yang menjelaskan maksud “menggugurkan kewajipan puasa bagi wanita hamil dan yang menyusukan”, yang disebutkan di dalam hadits Anas bin Maalik Al-Ka’biy رضي الله عنه yang telah dikemukakan sebelum ini. Ia dikaitkan dengan sikap khuatir terhadap diri sendiri dan anaknya. Kewajipannya pula adalah memberi makan dan bukannya qadha.
Pemahaman ini dikuatkan lagi dengan apa yang disebutkan oleh Ibn ‘Abbaas رضي الله عنهم di dalam riwayat yang menerangkan dengan jelas mengenai mansukhnya hukum keringanan di dalam ayat tersebut :
“dan tetap tsabit hukumnya bagi orang lelaki tua dan wanita lanjut usia, jika tidak larat berpuasa dan begitu juga wanita hamil dan yang menyusukan sekiranya khuatir, keduanya boleh untuk tidak berpuasa dan memberi makan seorang miskin setiap hari.”
------------------------
Sesungguhnya Allah sangat memuliakan seorang wanita
Pada saat dia menanggung kelemahan demi kelemahan semasa hamil & menyusukan anak
Allah memberi rukhsah untuk si ibu berbuka puasa jika dia rasa tidak larat untuk meneruskan puasa & khuatiri akan kandungannya atau anaknya tak cukup susu
Bergembiralah kamu wahai ibu mithali
Sesungguhnya kamu hanya perlu bayar fidyah sahaja tanpa perlu mengganti semula puasa itu
Sambutlah Ramadhan kali ini dengan lebih tenang
Pada tika anda rasa tak larat untuk meneruskan puasa berbuka puasalah
Namun jika kamu masih mampu berpuasa walaupun hamil & menyusu teruskanlah kerana ia adalah rukun Islam
Kenapa rukun Islam ke-3 ini diberi rukhsah kepada ibu menyusu??
Terlihat terang lagi bersuluh keutamaan menyusukan anak dengan susu ibu
Sumber: FB Dr Asri

You May Also Like

0 comments