BILA NIYAZ KENA DEMAM CAMPAK

Last week, Liez ambik cuti untuk menjaga my baby boy yang terkena demam campak.
Dia memang merengek je maybe sebab badan tak selesa.Pakej sekali dengan batuk selsema
Nasib nenek nya ada..

So since Niyaz kena demam campak, tak boleh dihantar ke nursery jadi yang 
kakak pun sama la ponteng pergi nursery.
Plan memang nak hantar kakak saje ke nursery tapi bila memikirkan
Liez nak kena bawak Niyaz sekali klau nak hantar dan jemput kakak..
So, kakak pun ponteng la..

Tapi alhamdulillah demam campak Niyaz hanya yang kecik sahaja.
Bukan yang besar dan berair tue..
Takut jugak kecik-kecik dah kena yang besar lagi jenuh nak jaga..
Kakak dah penah kena demam campak halus masa umur setahun lebih..
Yang adik pulak awal 3 bulan dah kena..

Sekarang Niyaz dah ok just tinggal batuk dan selsema.
Kakak pun tak sihat sangat tapi just batuk sahaja.
Yang kelakarnya, bila suruh kakak batuk kuat-kuat bagi kahak keluar,
dia boleh buat-buat bersin..Hmmmm macam - macam kakak nie
Malam nie nak masak sup ayam berubat untuk kakak..
Alhamdulillah sup tue berkesan untuk kakak bila masa dia batuk dan selsema
Dalam masa 2,3 hari boleh hilang batuk dan selsema tue..

Yang adik nie tak boleh makan lagi..
So kita buat cara yang Doc Nadir suruh..
Wap kan dan bagi baby hidu. Sambil tue tepuk belakang anak kuat-kuat.
Untuk melonggarkan kahak yang ada.. Teknik nie dipanggil Percussion
Malam semalam buat, alhamdulillah dah tak batuk sangat macam malam sebelum.
Kesian Niyaz tak boleh tidur. Malam nie nak repeat lagi..

Nenek cakap... Even demam pun, Niyaz manis ye muka

Kakak yang tak sihat sibuk nak dukung adik



Post a Comment

0 Comments