DILWALE vs BAJRANGI BHAIJAAN

Awal tahun dah kecoh orang bercerita pasal filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.
Liez pun yang tak minat hindustan boleh tergoda bila tgk trailer filem tue.
Dengan Kajol makin cantik dari masa mudanya, Shah Rukh Khan pun sama.
Lagu Janam dan Gerua yang sedap telinga mendengarnya..

Penah update FB status kata mengidam nak tengok Dilwale.
Hati memberontak nak tengok Kajol yang cantik tu...
Tapi tiket mahal dan asyik penuh je.. So tunggu je la klau boleh download nanti..

Ada kawan Liez sanggup tengok Dilwale sampai 15 kali.
Dia memang hantu hindustan..
TAPI...
Liez dah layan cerita BAJRANGI BHAIJAAN semalam..
Ya Allah.. Orang kata cerita nya sedih la.. Tapi Liez menangis part last sekali
masa Pawan (Salman Khan) seberang sempadan Pakistan - India dan waktu tue
Shahida (budak bisu 6 tahun) tetiba menjerit memanggil Pawan..
Terus Pawan berpaling kebelakang dan berlari ke Shahida..
Sedih gila waktu tue.. Sebab tengok betapa kasihnya Pawan pada Shahida..
Kena belasah seteruknya untuk mencari keluarga Shahida.
Bermacam dugaan yang dilalui..
Huhuhhuhu
Jalan cerita sangat menarik, bukan filem cinta yang selalu kita tengok.
Pemandangan setiap lokasi pun sangat cun.

So, hilang rasa nak tengok Dilwale tue.
Hihihi sorry la Dilwale.. Maybe akan tengok nanti-nanti je la..
Sekarang nie klau boleh nak tengok BAJRANGI BHAIJAAN lagi..
hihihihi

Actually cerita BAJRANGI BHAIJAAN nie dah diwar war kan oleh makcik Liez.
Blogger Sweetsour Leyra sebelum heboh cerita Dilwale akan keluar tue.
Sebab dia dah tengok cerita tue.. Memang dia cakap ceritanya best..

Liez bagi BAJRANGI BHAIJAAN 10**********

Klaua sesiapa nak layan cerita BAJRANGI BHAIJAAN boleh cari 
dekat FB MALAYSIA TUBE

You May Also Like

0 comments