QASEH DAH BOLEH BERJALAN ( LATE POST )

Baru-baru nie balik Ipoh untuk Raya Haji. Memang excited la.
Since ader Qaseh nie, aku jadi lebih excited bila nak balik Ipoh. 
Bukan nya sebelum nie tak excited tapi bila ader Qaseh bertambah-tambah excited.

Nak tahu kenapa? Coz Qaseh dapat jumpa Atok Opah, Ayah chor,Chu and Achu dia.
Ye la, diorang lagi la excited bila tahu cucu anak menantu nak balik kan..
Tapi lebih la kat cucu tue..hihihi
Aku nak diaorg spend time dengan Qaseh sama jugak sebaliknya
Nak Qaseh kenal dengan diaorang dengan lebih lagi.
Sekali balik kan, mesti diaorang rindu.

Aku faham sebab Qaseh cucu pertama diaorg. Sama la macam aku,
cucu pertama anak bongsu lagi. Memang tiap kali pergi rumah arwah nenek dekat Kg Baru, 
mesti nenek ajak pegi kedai majalah. Sebab dia tahu aku suka sangat baca majalah.
Then bawak pegi beli makanan. Memang seronok bila di ingat balik 
kenangan dengan arwah nenek. Tak lupa dengan Arwah mak tua Niah.
Arwah pun cukup sayang aku dan adik beradik yang lain.
Ye la anak adik lelaki bongsu kesayangan kan. Tetiba teringat pulak dengan semua
yang dah lama meninggalkan dunia ini..
ALFATIHAH

Back to the story ye. Bila balik Ipoh, Qaseh memang pantang nampak atoknya
Asyik nak dukung aje. Ingat atok nak bawak pergi jalan la tue.
Memang rutin bangun pagi je, tukar pampers then 
atok akan bawak dia pegi tengok birds. Then bawak melawat Wan chik and Toknek
belakang rumah atok je.Bila dah cukup ronda semua, balik confirmed senyum je.
HAPPY la tue dapat g jenjalan.

Sama excited, Ayah Chor Qaseh. Memang dia layan je Qaseh main. Dukung gi jenjalan.
Seronok tengok bila our family seronok bila bermain dengan Qaseh.
Qaseh pun dah cerdik, dah kenal semua orang. Dia kan ramah.
Dia yang selalu tegur orang. Kalau nampak budak-budak lagi la dia suka.
Siap tegur dan panggil-panggil lagi.hihihihi
Tue dengan grandparents in Ipoh. Klau dengan grandparents dekat kl pun sama.
Nampak nenek atau atok pakai cantik-cantik, dia dah sibuk nak mintak dukung.
Bawak dia sekali. Ader sampai mengamuk sebab kena tinggal.
Nak jadi cerita, sehari lepas balik ke kl. Tetiba Qaseh bangun dan bertatih.
Berjalan 5,6 langkah then dia jatuhkan badan.
Terus gian berjalan tak berhenti. Sekejap ke nenek, ke atok.
Datang rajin dia la tue nak berjalan.
So lepas tue, hari-hari suruh dia berjalan. Alhamdulillah dia dah banyak berjalan.
Kadang-kadang tak berhenti. Siap ajak kita berjalan sama.
Yang tak tahan nak gelaknya, jalan pun tak berapa nak stabil lagi dah sibuk 
berjalan bawak toys box dia ke hulu ke hilir.
Memang terhuyung hayang la dia. Hahahaha
Lawak la anak mama nie.
Alhamdulillah, last weekend spend banyak masa dengan dia. So, dia sibuk la
ke hulu ke hilir. Siap menari-nari lagi klau dengar iklan Yakult tue.
Gewdikkkkk sangat.
Dulu risau gak sebab dah umur setahun Qaseh malas nak berjalan. 
Tapi masuk 1 tahun 1 bulan dia dah berjalan. Syukur sangat-sangat.
Sampai naik letih kejar dia.

NOTA:
My dearie tak sabar nak dengar dia bercakap nak mintak makan pulak.
Tunggu ye sayang, bila dia dah start cakap pok pek pok pek.



You May Also Like

0 comments