Selamat tahun baru 2015

Selamat tahun baru 2015.. Ketika ini aku telah pun berada diatas katil. Tidurkan sikecil permata hati. Alhamdulillah, Qaseh dah pandai tidur sendiri.. Just aku kena pura-pura tido dan dia akan ikut tidur jugak..
Sepanjang tahun 2014 memang berbagai liku-liku pengalaman yang dilalui...suka duka gelak tawan bersama keluarga dan sahabat handai membuatkan hidup ini bermakna.

Penghujung tahun 2014 adalah yang paling bermakna.. Kami telah berpindah ke rumah baru iaitu rumah sendiri selepas 5 tahun menyewa.. Actually rumah dah siap 2 tahun yang lepas
 tapi budget tak cukup untuk berpindah lagi.
Alhamdulillah selepas beberapa isu-isu dapat diselesaikan, akhirnya kami berpindah jua.

Azam tahun ini ader la yang tertulis di minda tapi tak boleh nak
diterangkan dekat sini. Kalau dah tercapai baru boleh mention k.

Apa - apa pun, semoga tahun baru 2015 akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya.



Post a Comment

0 Comments