Pengalaman menyusu Qaseh (Part 2)

Tapi ikut badan masing-masing la susu banyak ker tak.
Aku buat masa sekarang memang cukup-cukup untuk Qaseh.
Seminggu nak start kerja baru nak beli breast pump.
So memang stock cukup untuk sehari sahaja.
Masa mula, aku bagi 4 tiub susu setiap satu ader 2oz.
Struggle dekat ofis pump susu untuk dapatkan 4 tiub susu tu.
Susu memang tak banyak tapi banyak kali pump la.
Aku nekad pump untuk pastikan Qaseh dapat minum susu aku

Masuk bulan ke 3, aku sanggup belanja duit untuk beli set menyusu shaklee.
Alhamdulillah susu aku pekat dari sebelumnya. Tapi susu still tak berapa banyak.
Aku google petua untuk banyak kan susu dan akhirnya dapat juga
Dengar kata minum air longan dan kurma merah boleh membantu.

Tapi sebelum tue memang macam- macam yang aku lalui
sepanjang menyusukan Qaseh. Nipple aku luka la sebab Qaseh
still tak tahu macam maner nak menyusu.
Lepas tue, bila puting luka akan keluar darah la.
So everytime pump susu mesti susu akan bertukar color jadi pink
sebab bercampur darah. Ape lagi buang la..
Membazir sudah. Lama jugak ku lalui keperitan sakit tue.
Tapi demi Qaseh, aku tahan je.

Sekarang Qaseh dah 4 bulan. Dah bertambah la susu yang dia nak minum.
Sekarang aku akan bagi pengasuh dia 6 tiub setiap satu 3oz.
Alhamdulillah bila minum longan dengan kurma merah tue ader perubahan sikit.
Tapi aku masih lagi pump susu setiap 2 jam untuk
memenuhi demand Qaseh.

Siap bawak breast pump ke ofis. Tapi alhamdulillah
makcik aku memahami dan dia benarkan aku take 5 untuk pump susu.
Sebenarnya berat juga tanggungjawab nak meyusukan anak
sampai 2 tahun klau susu badan tak banyak macam aku nie.

Tapi aku akan cuba sehabis baik untuk pastikan Qaseh
dapat minum setiap titis susu aku selagi ada.
Aku bersyukur sebab aku masih lagi dapat susukan Qaseh sepenuhnya
tanpa susu formula. Macam kawan-kawan yang lain
terpaksa campur susu formula sebab ader yang susu sikit 
dan ada anak tak nak susu badan langsung.

You May Also Like

0 comments