Anak oh Anak

Qaseh dah pun berusia 4 bulan . Alhamdulillah manja kami tue makin aktif.
Alhamdulillah sihat cuma selesama kadang2-kadang datang.
Makin meningkat usia dia makin banyak akal yang dia dapat.

Sebelum nie dia suka sangat jelir lidah. 
Nie semua coz baba dia suruh dia jelir lidah for the first time.
Terus dia dah biasa jelir-jelir lidah..biasa tuhhhh !!!!

Then bila aku start bukak kan mitten dia, dia dh mula hisap jari..
oppps hisap tangan mula-mula.Naik lenjun tangan dibuatnya
Tak lama lepas tue dia dah pandai masuk kan jari dia.
Hisap siap ader bunyi lagi..
Hamboiiiiii sedap keeeee ??!!!!

Tiap-tiap hari ader je perangai comel yang buat kami gelak.
Yang best baru-baru nie kami nak sembur hidung dia dengan Sterimar spray. 
So aku pun baru nak tekan tapi dah ader bunyi aku sembur.
Bila tengok hidung Qaseh, ader pulak titisan air.
Cuba lak kat sebelah hidung, sama jugak..
Pelik nya.. Yang Qaseh tersenyum -senyum waktu tue.
So bila aku nak buat lagi sekali, RUPANYA .......

Bunyi tu datang nya dari Qaseh.. Bila aku cakap dengan baba dia,
kami gelak la..Qaseh pun sama gelak macam faham je kami gelak kan dia
coz buat bunyi macam penyembur tue..
Qaseh ooooooiiiiii, cerdik sayang mama dan baba sekarang nie..
Pandai dia trick mama dan baba ye..

Sekarang dia dah nak meniarap. Kawan-kawan sebaya dia
ader yang dah meniarap. Qaseh baru nak pusing2 badan.
Ader skali dia pusing tp sekejap je sbb dia tak reti lagi
nak gerak kan tangan dia yang tersepit.

Takpe sayang mama baba, slow-slow ye sayang.
Yakin BOLEH !!!!

You May Also Like

0 comments