Info Lelaki: Perawatan Wajah Untuk Lelaki

Kesihatan kulit bukan hanya untuk kaum Hawa saja. Kaum Adam pun perlu pentingkan kesihatan kulit wajah dan badan. Tapi kini makin ramai kaum Adam menyedari untuk merawat kulit dan wajah mereka. Kulit kaum lelaki lebih kasar dan berminyak. Jadi perawatan nya juga berlainan dengan kaum wanita. Petua di bawah boleh membantu anda:


KULIT BERJERAWAT
Bahan- Bahan:
* Buah Belimbing buluh (1 biji)
* Air Garam (5 Sudu makan)
Cara-Cara:
- Cuci buah belimbing sampai bersih dan kisar atau ramas hingga lumat. Selepas itu campur bersama air garam tadi. 
- Sapukan pada wajah yang berjerawat 3 kali seminggu


KULIT BERMINYAK

Bahan- Bahan:
* Buah Anggur (5 biji)
* Lemon (3 hirisan nipis)
* Putih Telur (1 Sudu teh)
Cara-Cara:
- Cuci anggur dan lemon sampai bersih dan kisar atau ramas hingga lumat. Selepas itu campur bersama putih telur tadi.
- Sapukan pada wajah sebagai masker (selama 20 minit) kemudian cuci dengan air suam.


      <<<Sumber dari Majalah Nona Mei 2011 (Edisi Hari Ibu)>>>

You May Also Like

0 comments