3 BAHAN SEDIA ADA UNTUK MEMERAHKAN BIBIR



Alamak ! Bibir hitam pula ! 
Nak buat macam mana ni?

Ini adalah situasi yang selalu dari kita kaum perempuan hadapi. Nak pakai lipstik yang bewarna natural terus jadi takut sebab warna akan bertukar bila disapu pada bibir yang hitam. Dan bila kerap sangat memakai lipstik juga akan membuat bibir menjadi gelap. Keadaan ini akan membuatkan kita hilang keyakinan diri.

Banyak produk skrub dipasaran yang membantu memudarkan kehitaman bibir. Dan kebanyakan mengandungi bahan-bahan semulajadi dan selamat digunakan. Tapi kali ini Liez nak kongsikan 3 bahan yang sedia ada dirumah yang boleh digunakan untuk membuat scrub bibir. Ia nya mudah dan pasti ada dirumah kita.


3 Bahan sedia ada untuk memerahkan bibir 



1. MADU
Madu sangat dikenali sebagai bahan herba yang berkhasiat untuk mengatasi pelbagai penyakit. Juga banyak digunakan untuk kecantikan. Selain bagus untukmelembabkan bibir,madu juga bagus untuk memerahkan bibir. Cara hanya ambik sedikit madu asli dan oleskan pada bibir. Gosok atau urut bibir seketika dan biarkan semalaman.



2. UBAT GIGI 
Boleh di amalkan seminggu 2 kali dengan menyapukan ubat gigi di bibir. Biarkan selama 60 minit dan bilasdengan air suam. Sel kulit mati pada bibir akan tertanggalkan dengan sendirinya. Elakkan menyapu dengan kerap kerana khuatir bibirakan terlampau kering.



3. GULA PASIR
Campurkan gula pasir dengan marjerin dan gaul hingga menjadi paste. Ia menjadi sebagai scrub untuk membuang sel-sel mati pada bibir dan yang pastinya selamat untuk dimakan. Amalkan seminggu sekali hingga bibir korangmenjadi merah semula.

You May Also Like

3 comments

  1. madu elok untuk bibir. ubat gigi ada org cakap makin hitam bibir. banyak pendapat hehehe

    ReplyDelete
  2. Amboii itam benoo bibirnye tu.. hehe.. dah serik dulu penah guna ubat gigi sampai cedera parah..

    ReplyDelete