LUKISAN DINDING TAPAK TANGAN PATRIOTIK

Lebih kurang 8 hari lagi, negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2017. Pejam celik pejam celik sudah 60 tahun Malaysia merdeka. Sempena Bulan Kemerdekaan ini, banyak pihak melakukan aktiviti-aktiviti dan program untuk menyemarakkan lagi rasa cinta pada negara khususnya untuk rakyat. Dan juga memaparkan semangat perpaduan dan persefahaman rakyat Malaysia.

Liez berkesempatan menyertai salah satu program " LUKISAN DINDING TAPAK TANGAN PATRIOTIK " yang berlangsung di Jalan Genting Klang. Menariknya tentang program ini mengumpulkan sebanyak 60,000 lukisan tapak tangan rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Dirasmikan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 8 Ogos yang lalu.

Bertempat di tembok besar sepanjang Taman Bunga Raya Kuala Lumpur. Sepanjang program berjalan, ramai wakil rakyat, orang kenamaan, wakil rakyat, ibu bapa dan anak-anak, penuntut kolej dan sekolah telah memberi sokongan dalam menyumbangkan lukisan tapak tangan pada tembok itu,



Sepanjang tembok itu telah dilukis dengan potret Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan simbol kebanggaan rakyat Malaysia. Juga lukisan wajah-wajah Malaysia yang pelbagai agama, bangsa dan etnik juga ada disitu.

Apa yang korang perlu lakukan, berjumpa dengan pegawai yang bertugas di setiap khemas yang disediakan.

Langkah pertama:
Isi borang yang disediakan. Hanya perlu mengisi NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN dan NOMBOR TELEFON.
Pegawai bertugas akan menulis nama korang dalam sijil penyertaan yang lengkap dengan nombor siri di sebelah kanan atas.

Langkah kedua: 
Pergi ke khemas bersebelah untuk diwarnakan tapak tangan korang dan ditekapkan pada sijil tadi. Pegawai bertugas akan menggantung sijil ditepi khemah untuk dikeringkan sementara korang bergerak ke khemah seterusnya.






Langkah ketiga:
Tapak tangan korang akan diwarnakan semula dan kali ini korang akan menekapkan tapak tangan korang di dinding yang diarahkan. Dan selesai sudah. Basuh tangan korang di paip berhampiran dan minuman disediakan.






Mudahkan?? Liez kebetulan lalu Jalan Genting Klang jadi Liez singgah untuk memberikan sokongan diatas usaha ini. Jadi pada korang yang ingin memberi sokongan usaha ini boleh bersama-sama menyumbangkan lukisan tapak tangan korang disini ye... Liez punya dah ada !!!! Yeayyyy !!!




Jangan lupa untuk bergambar kreatif kerana korang  berpeluang memenangi hadiah istimewa jika korang post di FB dibawah dengan #patrioticpalmprintmuralpaiting. Dan ada cabutan bertuah yang merujuk kepada nombor siri sijil korang.

Untuk lebih lanjut korang boleh ke FB Page Patriotic Palm Print Mural Painting爱国手印壁画. Korang jugak boleh sertai dengan mengisi borang disini



Post a Comment

1 Comments