CHILINDO MALAYSIA MEMANG BERHANTU


Tak tahu la macam mana boleh terjebak nak bida barang -barang di website Chilindo ni. Lepas tu bila tengok blogger-blogger lain mula update kotak-kotak hasil bidaan di Chilindo lagi membuatkan Liez mencuba skill membida sama.

Pada mulanya agak blur macam mana nak memulakan bidaan. Tetapi selepas menenangkan diri dan fikiran akhirnya Liez berjaya memulakan bidaan.

Tadaaaa... ini la bidaan pertama dan terakhir

Bidaan pertama Liez adalah tripod. Sebenarnya Liez ingin mencuba membuat Vblog dalam usaha untuk memantapkan lagi blog Liez ni. Cewahhhhh poyo tak ??

Tripod pada harga RM 1
Bidaan kedua ialah Mp3 bewarna pink ni. Yang ni Liez bida kononnya nak buat peneman untuk halwa telinga dikala jogging tu. Padahal Liez dah ada iphone 4s dan Samsung J5 (handphone lama Liez dan Dearie) buat peneman waktu jogging. Gatal tangan nak bida.

Pemain MP3 pada harga RM6
Dan bidaan terakhir ialah Doublefaced Glass Clean. Yang ni memang Liez cari dah lama. Bila nampak dalam Chilindo apa lagi, Liez terus bida. Agak mencabar jugak la kerana bidaan asyik dicantas oleh pembida lain. Selepas beberapa cubaan akhirnya Liez berjaya mendapatkannya.

Doublefaced Glass clean pada harga RM11

Dalam keadaan waras, Liez hanya bida 3 barang di website Chilindo ni. Kalau hilang akal tak tahu la berapa banyak barang Liez bida. Seronok bila bidaan tu milik kita. Naik geram pula bila ada orang yang cuba cantas bidaan kita. Memang boleh bawa bergaduh hihihi

Dari pengalaman Liez membida di Chilindo memang menyeronokan dan mudah. Banyak juga barangan yang boleh dibida. Tetapi perlu bijak dalam membeli dengan harga yang murah la ye.

Next entry Liez akan terangkan langkah demi langkah untuk membuat bifaan dan juga bayaran pembelian Chilindo.

You May Also Like

11 comments

  1. Barang CR tak sampai2 lagi. Dah emel dah chilindo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez dpt brg dlm 2 hr.. ada jugak dgr yg lain dpt lambat

      Delete
  2. famous betul chilindo ni.. nurul nak bida bila dapat gaji nanti.. habis duit wooo kalau bida sekarang.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kuat semangat.. jgn over bida ye... hihihi

      Delete
  3. Replies
    1. Liez sbb nak cuba sekali. Mmg lps ni mmg xde dah hihihi

      Delete
  4. Rose tak tergoda lagi. Harap-harap tabahlah dari buka website ni. Hihi

    ReplyDelete
  5. Sy bru je mng bida jam tgan berkamera di chilindo. Cma la ni konfius skit dgn cara byrn sbb tk brapa pham. Nk byr online tk reti jd byr cra bank in je. Mslh la ni tkde apa2 feed back dri chilindo. Tkut jgk klau ada ksilpn byrn

    ReplyDelete