RESEPI: PUDING JAGUNG MUDAH


Puding Jagung Mudah
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik Syawal sudah berakhir. Pasti banyak undangan rumah terbuka yang harus dihadiri kan? Atau korang buat open house tahun ni?

Bagi yang mencari juadah pemanis mulut yang ringkas dan sedap boleh mencuba Puding jagung mudah ini. Bahan yang diperlukan juga mudah didapati dan proses membuatnya begitu senang. Masa yang diperuntukan juga tidak lama. Disini Liez kongsikan resepi Puding jagung mudah dan sedap yang boleh korang cuba dirumah nanti.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan jagung dalam tin (krimer)
1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan susu cair
3 cawan air
3/4 cawan gula
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan- bahan tadi didalam kuali atau periuk.
2. Pasti api dipasang sederhana untuk mengelakkan hangus.
3. Harus sentiasa dikacau untuk mengelakkan bancuhan yang pekat melekat dan hangus dibahagian bawah.
4. Biarkan bancuhan menggelegak dan warna bertukar menjadi jernih.
5. Bancuhan boleh diangkat dan tuangkan ke dalam loyang yang disapukan sedikit minyak untuk mengelakkan melekat.
6. Biarkan sejuk dalam suhu bilik sebekum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
7. Bila sudah sejuk, boleh la dipotong dan dihidangkan

video
Pastikan bancuhan dikacau untuk mengelak dari melekat

Nota:
1. Tahap kemanisan puding mengikut selera masing-masing.
2. Esen vanilla adalah option.
3. Puding jagung juga boleh diletakkan koktail buah-buahan di dasar loyang.

You May Also Like

12 comments

  1. Sedapnya, lama betul tak makan puding jagung. Nak buat malas..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez pun br cuba.. Tak berapa suka tapi bila makan time sejuk terus mcm nak jadi fav pulaka

      Delete
  2. Puding jagung memang kegemaran saya tu. Nak buat mqlas pulak, nak belivtak tahu di mana di jual.

    ReplyDelete
  3. Ingat boleh play video tu hehehehe rupanya gambar.. Bagus lah boleh cuba resepi ni hehehe..

    ReplyDelete
  4. Kalau Sally...kadang gantikan susu cair tu dengan santan atau susu fresh...tgk yg mana ada kat rumah laa..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua la sebenarnya santan tapi susu cair ada dan nak hampir tarikh luput So guna yang tu je

      Delete
  5. wow. menarik ni.
    aida screenshot resepi ye liez.
    mohon izin :-)

    ReplyDelete
  6. Puding jagung ni memang fav yaya sangat! Boleh cuba guna resepi ni nanti. Thanks sharing! :D

    ReplyDelete
  7. Done screenshot resepi . Bahan-bahan pun menarik . CCL nak try buat

    ReplyDelete
  8. Puding jagung ni sedap tau makan masa sejuk sejuk...yummy

    ReplyDelete