CARA BERKESAN DAN MUDAH MENGHAPUSKAN LIPAS DALAM KERETA

by - 10:53 AM

Anak -anak lipas yang ditemui mati dalam kereta pagi ini

Korang ada mengalami masalah  kehadiran lipas dan anak lipas didalam kereta? Terutama kereta yang ada nak kecil tu. Bila makanan bertabur dalam kereta pasti ada lipas yang bertandang dalam kereta kan?? Liez sendiri melaluinya. Dan Liez dah jumpa cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Keadaan anak-anak lipas mati di bahagian pemandu
Petang semalam Dearie mintak adik Liez yang bongsu turun ke parking area. Katanya nak mintak semburkan racun membunuh lipas dalam kereta. Sebelum tu adik Liez dah cuba guna untuk semburkan di dalam kereta dia. Esok pagi tengok memang berpuluh ekor anak lipas mati bergelimpangan.

Dan pagi ni sebelum Liez bergerak menghantar anak-anak ke Nursery, nampak banyak juga anak lipas yang mati dekat atas kerpet kereta. Berkesan la kan racun ni. So boleh la Liez pergi cari lagi untuk simpan kegunaan dalam kereta dan rumah. Nak kata banyak lipas dalam kereta tu tidak la tapi since anak-anak makan dalam kereta, makanan bertabur atas lantai dan dalam car seat itu yang membuatkan kereta dipenuhi dengan anak lipas. Tapi pelik kan, tak pernah pulak jumpa induk-induknya??? hmmmmm pelik ni..
Fumakilla Vape One Push V

Liez gunakan Fumakilla Vape One Push V . Dengan sekali semburan sahaja bukan sahaja dapat membunuh serangga seperti lipas dan semut tetapi cicak juga boleh terbunuh. Ada juga Liez terbaca, Lipan juga boleh terbunuh. Didatangkan dalam botol yang kecil tetapi kecil kecil cili api. Boleh membunuh even serangga yang tersembunyi dan jimat. Hanya satu semburan sudah boleh menyelesaikan masalah lipas,semut dan cicak dirumah korang.

Cara penggunaan:
1. Dapur: Sembur sekali pada persekitaran. Inshallah semua tidak akan ada paling kurang 2 minggu.
2. Kereta: Sembur sekali dalam kereta dan biarkan semalaman.
3. Bilik: sekali semburan boleh membunuh nyamuk yang bersembunyi di balik langsir dan bawah katil. 
* gunakan seminggu sekali atau bila diperlukan sahaja

Korang boleh dapatkan Fumakilla Vape ini di pasaraya  seperti Speed99, Giant, Tesco , Mydin dan pasaraya berhampiran dalam lingkungan harga RM 10 sebotol.

You May Also Like

3 comments

  1. Comel botol tue . Kejap lagi kena periksa kereta . Mana tahu ada anak-anak lipas tersesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib beli sebab berkesan even untuk kegunaan dalam rumah...

      Delete
  2. owh macamni caranya..boleh try lah untuk kereta saya..

    ReplyDelete