RESEPI: KACANG POOL


Kacang Pool

Kacang pool ini Liez mesti sediakan setiap kali Ramadhan. Liez orang Johor ke? Tidak. Liez orang Kuala Lumpur dan Dearie orang Ipoh. Liez suka sangat makan kacang pool walaupun Liez tak penah merasanya sebelum ini. Bagi Liez penyediaannya yang mudah dan bahan-bahan senang dicari. Kalau di Negeri Johor terkenal dengan kacang Pool Haji di Larkin.

Bahan-Bahan:
1 Tin Kacang foul (Kacang Parang),toskan air dan ramas hingga hancur
1 Tin kecil kacang panggang dalam tin
200 gram daging cincang
10 biji bawang merah *dikisar 
4 ulas bawang putih *dikisar 
1 inci halia *dikisar 
1 1/2 sudu besar rempah kari daging Adabi
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging (optional)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)


Roti paun atau roti perancis atau roti biasa pun boleh
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, didadu
Limau kasturi secukupnya
Minyak sapi cair


Cara penyediaan:
1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. 
2. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. 
3. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
4. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair). 
3. Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....Sedap dimakan suam..


You May Also Like

2 comments

  1. kacang pool famous kan dekat JB tapi tak pernah try. Tak jumpa dekat area perak ni

    ReplyDelete
  2. dkt kedai makanan arab ada ... liez pun xpenah makan tp bila org sebut..liez duk mencari tp xjmp..tu yg buat sendiri

    ReplyDelete