UPDATE ENTRI MENGGUNAKAN IPAD

by - 12:51 AM

Keluh resah hati Liez sebab tak update blog macam selalu. Kalau duduk rumah memang seronok boleh mengadap blog tapi kena bertabah dengan ahli blogger kenit, Niyaz. pantang mama duduk dekat meja on laptop. dia pun sama naik nak tekan keyboard. runsing Liez. boleh hilang idea nak menaip tau.

Liez pun tetiba malam ni teringat iPad Liez yang bertapak dalam wardrobe tu, sebab mengelak kakak kawasan, Qaseh nak main iPad.Mengaku dia yang punya.Padahal iPad ni Baba diaorang beli untuk hadiah birthday Liez tahun 2011. Tapi serius memang boleh kira berapa kali je Liez pegang iPad ni.

Liez memang tak pandai sangat bab gadget walaupun Liez adalah pengguna iPhone tegar. Liez pernah pakai iPhone 3s dan sekarang iPhone 4s. Belum masa nak tukar ke iPhone 7 sebab rasa duit sekarang lebih penting untuk dibelanjakan untuk barang anak-anak. Sedang anak sedang enak tidur ni, baik Liez up satu entry.

Terima kasih si cantik +Uyul Rosli sebab bagitahu entry blog Uyul yang berguna untuk Kak Liez ni. Walaupun mengharapkan ada applikasi yang memudahkan berblogging, tapi Kak Liez rasa dengan cara yang Uyul cadang ni memang Kak Liez boleh hadam.... Hihihi sayang dia.. Just sekarang Liez nak godek godek Google Photo pulak... Bertabah la Liez, hang buta IT so merangkak la perlahan-lahan belajar ye... Hihihi

Kalau korang masih lagi tak tahu macam mana nak berblogging menggunakan iPad (atau Liez ni yang buta IT  tak tahu pasal ni?) boleh korang ke entri UYUL ROSLI ni. Cara-cara yang mudah dan cepat.

Ok la Liez nak beradu dulu. Esok nak bangun pagi siapkan order sandwich untuk colleagues office Dearie. Esok hari terakhir ambil order sebelum berpuasa sabtu ni. Esok siang kita belajar lagi k... Good night...sweet dream.


Salam Sayang,
FeyLiez


You May Also Like

6 comments