JANGAN BERLEBIHAN DALAM MEMBERI MULTIVITAMIN PADA ANAK

by - 9:33 AM

Sumber: Google 

Zaman sekarang bermacam macam iklan multivitamin untuk kanak-kanak yang bermain dikaca tv, dalam timeline FB, IG dan sebagainya. Sebagai ibu bapa yang ingin anak-anak mereka sihat dan mengelakkan dari terkena penyakit pasti tertarik untuk mendapatkannya. Tapi tahukah anda, jika kita berlebihan dalam memberikan multivitamin pada anak-anak boleh memudaratkan?

Liez ada terbaca satu artikel mengenai mudaratnya memberi multivitamin secara berlebihan.


Soalan:
Saya mempunyai seorang anak yang disahkan G6PD. Sejak akhir-akhir ini, dia kerap diserang demam, batuk dan selesema. Bolehkah saya memberikan multivitamin kepada anak yang berumur dua tahun untuk menguatkan antibodi dirinya. Apakah akan ada kesan sampingan daripada pengambilan multivitamin itu kerana dia mengalami G6PD? Bolehkah doktor jelaskan mengenai kanak-kanak dan pengambilan multivitamin?
Jawapan:
Pengambilan multivitamin tidak mendatangkan masalah kepada si kecil yang mengalami G6PD. Namun, puan perlu perhatikan dengan terperinci kandungannya. Dibimbangi ia mengandungi bahan-bahan tertentu yang membahayakan pesakit G6PD.Biasanya klinik atau hospital akan sertakan senarai bahan-bahan atau ubat-ubatan yang dilarang terhadap pesakit G6PD.
Selain daripada itu, puan perlu perhatikan jumlah dos pengambilan multivitamin yang diambil agar ia tidak berlebihan. Misalnya tidak perlu ambil sehingga dua jenis multivitamin sedangkan keperluan si kecil hanya satu jenis pun, sudah mencukupi.
Pengambilan multivitamin, minuman kultur seperti yogurt dan sebagainya sangat membantu dalam meningkatkan antibodi si kecil. Hal ini kerana minuman kultur mengandungi bakteria baik yang dapat meningkatkan daya imuniti badan. Majoriti daripada sistem imun manusia adalah terletak di sistem penghadaman. Lebih baik sistem penghadaman si kecil, lebih tinggi daya ketahanan tubuhnya.
Info dari Majalah PA & MA
Liez pun bagi anak-anak makan multivitamin tapi semuanya dari bahan-bahan semulajadi seperti minyak habatussauda, kurma, kismis dan buah-buahan. Klau boleh Liez tak mahu anak-anak dibagi makan ubat -ubatan dari kecil. Even bila anak-anak batuk , demam, selsema memang Liez akan buat rawatan secara alami dengan memasak sup herba yang direneh 9 jam, minum jus nenas + lemon + halia dan macam-macam lagi. Jika


You May Also Like

2 comments

  1. Madu dan sari kurma bagus untuk daya tahan tubuh. Tak cuma untuk anak2, untuk dewasa pun bagus jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... klau boleh amalkan ikut sunnah nabi lagi bagus... tapi klau sakit dah teruk u still kena mintak advise doc utk tahu ur condition..

      Delete