BERJIMBA DI LOST WORLD OF TAMBUN - BAHAGIAN 1

by - 8:30 AM




Sempena cuti hari Wesak pada hari rabu yang lalu, Liez dan Dearie dah merancang untuk sambung cuti untuk pergi beriadah di Ipoh. Kebetulan dah lama tak balik Ipoh, so kami pun ambil cuti untuk bersama dengan family disana.

Sebenarnya kami merancang untuk ke Cameron Highlands since Qaseh asyik sebut nak pergi Cameron Highlands. Tapi Liez ajak ke Lost World Of Tambun sebab dah lama tak bawa anak-anak main air. Cameron Highland memang boleh pergi selalu sebab parents in law ada beli apartment disana. So bila saja rasa nak pergi boleh je kan.

Liez pun berhubung dengan bekas kawan sekerja di A'Famosa Resort dulu yang telah berkerja di LWOT. Alhamdulillah,ini yang dikatakan rezeki. Liez boleh dapatkan tiket masuk ke LWOT secara PERCUMA. Best kan??? Tapi dengan syarat. Liez perlu membaca barang keperluan untuk digantikan dengan tiket masuk. Haaaaaa dah kenapa pulak kan?



Sebenarnya Lost World Of Tambun mengadakan kempen kebajikan "DO GOOD FEEL GOOD" bagi memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan Darussalam,The Salvation Army Boys Home dan The Salvation Army Girl Home di Ipoh. Untuk mendapatkan tiket itu,pengunjung harus membawa barang keperluan yang bernilai minimum RM20 untuk mendapatkan satu tiket masuk. Bagus juga cara LWOT menarik pengunjung untuk datang ke taman temanya. Kalau kira pengunjung dapat berjimat sambil menderma.

Liez pun bagitahu Dearie dan dia bersetuju. Even Ayah Chor Qaseh dan Niyaz pun join. Cuma atok dan opah tak dapat join. Sebab opah tak sihat. Malam rabu tu, Dearie dah ke kedai membeli barang-barang yang diminta. Milo 3 in 1 dan biskut sebanyak 4 set untuk ditukarkan kepada 4 tiket masuk.






















You May Also Like

1 comments

  1. wow, bgus jugak dgn cara tu dpt pahala kebajikan kan..
    dlm pada tu boleh bonding time dgn family..

    ReplyDelete