SALAM JUMAAT 1 SYAABAN

by - 12:22 PM


Kelebihan Bulan Syaaban

Syaaban bererti berpecah. Mengambil sempena peristiwa orang -orang Arab pada ketika itu berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada yang menyatakan Syaaban adalah bermaksud pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan

Bulan yang berada di tengah bulan Rejab dan Ramadan. Bulan yang penuh dengan fadilhat dan keberkatan. Ulama berpendapat, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri kita dari segala cela manakala, Rejab pula bulan kesempatan memohon keampunan dari segala dosa. Ramadhan pula adalah bulan untuk mengubat hati dan jiwa kita.

Sabda RASULLAH SWT:
"Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNYA yang lebih mengetahui"

Baginda terus bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali" (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

Kepentingan Syaaban
ALLAH SWT mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. ALLAH SWT juga mengurniakan rahmat kepada hambaNYA. Rasulullah SAW bersabda:" ALLAH SWT mengangkat amalan-amalan semua hambaNYA pada bulan ini"

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada ALLAH SWT serta taat dan menahan diri daripada maksiat, ALLAH SWT akan mengampunkan dosa-dosanya dan menyelamatkan dari segala bencana dana dari sakit" " Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak akan mati biarpun semua hati mati ketika itu"

Amalan yang wajar dilakukan ketika Syaaban

Membanyakkan puasa sunat
i. Rasulullah SAW bersabda " Siapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari dipertengahan Syaaban dan tiga hari terakhir Syaaban, makan ALLAH SWT mencatat baginya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti mati syahid"

ii. Jika berpuasa sehari dalam Syaaban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti Nabi Ayub dan Nabi Daud .

iii. Sesiapa berpuasa sebulan Syaaban, dipermudahkan ALLAH SWT kepadanya sakaratulmaut dan ditolak daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan dari huru hara Mungkar dan Nangkir, ditutupkan aibnya di akhirat dan wajib syurga baginya.

iv. Sesiapa berpuasa pada khamis dibulan Syaaban dan akhir Khamis dimasukkan ke syurga. (Hadis Rasullah yang dipetik dari Kitab Al barokah)

v. Dinamakan Syaaban kerna padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan.

Perbanyak kan zikir dan selawat ke atas Rasulallah SAW. Syaaban adalah bulan untuk kita memperbanyakkan bertaubat kepada ALLAH SWT.

Malam Nifsu Syaaban

Malam 15 Syaaban dikenali sebalam Malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat islam sangat disarankan untuk memanfaatkan kerana malam itu penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab. Umat islam islam digalakkan menghidupkan malam itu dengan membaca surah Yassin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib

Dipetik dari:
Mohammad Zaki Husin
Atase Pendidikan, JPM Washington DC

You May Also Like

4 comments

  1. salam Jumaat dan salam syaban liez.
    semoga mendapat keberkatan hari yg penuh barokah ni. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. salam jumaat dan salam sya'ban.. moga kita terus manambah amalan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn.... bersyukur ALLAH SWT memberikan nikmat untuk kita bernafas dan beramal sebaik mungkin

      Delete