MAKAN BEST DI IPOH - MEE KARI HJ DAUD MAT JASAK

by - 1:37 PM


Semalam sempat tengok rancangan Taste Selebriti channel ASTRO 104 pulak. Akmal Nazri (lebih dikenali dengan nama Jibam dalam Oh! My English) rupanya orang Perak. So dia meneroka makanan-makanan kegemaran dia sekitar Ipoh. Memang kalau bab makan nie, Liez berhantu sikit hihihi...

Salah satu tempat makan yang dia suka adalah Mee Kari Hj Daud Mat Jasak. Kalau tekak Liez memang ini tempat best untuk korang kena cuba makanan nya. Dari kali pertama Dearie Liez bawak sebelum kawin sampai sekarang, tiap kali balik Ipoh mulut ni asyik menyebut nak makan Mee Kari Hj Daud Mat Jasak. Alhamdulillah kena pula family in law pun suka juga. Memang dapat punya. hihihi

Yang Jibam pergi tu dekat dalam pekan Ipoh tapi Liez pergi dekat Medan Selera De Mara behampiran Medan Kidd. Nak senang cari Jalan Lahat berhampiran sekolah Anglo Chinese School Ipoh. Boleh nampak medan selera tu tepi jalan sahaja


Liez suka makan bihun/mee/kuewtiaw kicap dengan sup fishball
  
Ni Dearie Liez punya, dia suka makan kari fishball

Cara nak order pun senang. Korang just sebut nak makan mee kicap ke, bihun kicap ke, kuewtiaw kicap dengan fishball sup atau kari. Atau korang nak pilih sendiri fishballnya. Liez memang akan pilih sendiri. Tue yang banyak penuh satu mangkuk. Tambah lagi dengan mee kicap dia, huuuuuuu sedapnyaa.

Waktu operasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Kalau habis awal, tutupnya pun awal la kot..hihihi so korang yang datang ipoh, boleh cuba Mee Kari Haji Daud Mat Jasak 


Rating Liez bagi 5 Bintang !!

You May Also Like

9 comments

  1. Huwaaa kalau dah liez kasi 5 bintang tu mesti sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi sebab kena ngan tekak liez. sebab liez tak suka kari yang pekat.. so yang ni mcm chinese style jenis kari ceroiiii org kedah cakap

      Delete
  2. Hi Terima Kasih dan Tahniah kepada Anda Kerana Tersenarai dalam Video Animasi Ucing Nak Try Irama Melayu.(^_^)

    ReplyDelete
  3. Ana pun tgk taste selebriti dekat ipoh ni. Semua nampak menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... mmg tempat yang dia pergi tu tmpt best utk makan-makan..

      Delete
  4. sedapnya liez.. dilah suka mihun ngan mcm dlm gambar liez ni.. confirm sedap.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap dilah... Fav tu sejak kawin ngan org ipoh

      Delete