SELAMAT HARI POLIS KE 210

by - 9:20 AM


Dah berusia betul Polis Di Raja Malaysia ye... Sudah mencecah 210 tahun... Dah banyak suka duka pahit jerit yang telah mereka lalui.. Kita sendiri dah tahu bermacam jenis perkara yang mereka telah selesaikan.. Sangat berbakti mereka kepada rakyat Malaysia.

Liez sendiri anak dan kakak kepada anggota polis... Ayah Liez dah berkhidmat lebih dari 25 tahun dalam PDRM. Sekarang ketiga-ketiga adik Liez mengikut jejak ayah... Liez je bukan anggota polis sebab mak Liez tak bagi.. Katanya nanti susah nak cuti weekend la..hihihihi biasa la kan klau anak perempuan sorang je...hihihihi


Gambar ni diambil pada tahun 2013, waktu ni tengah mengandungkan Qaseh. Plan nak ambik family foto untuk kenangan sebelum ayah Liez pencen.. Masa ni masih menetap di kuaters polis di Keramat AU3..

   


   
Dari kiri Adik Liez no 2, tgh tu ayah Liez, 
yang sebelah mak adik Liez no 4 dan yg kanan sekali no 3   

Liez nak ucapkan Selamat Hari polis yang ke 210 kepada semua anggota-anggota polis di Malaysia. Berkhidmat selagi boleh walau dicerca dan dihina diatas tanggungjawan yang diberikan pada kalian. Pengorbanana kalian terhadap negara tidak dapat dibalas.. Semoga kalian semua dirahmati  dan dilindungi ALLAH SWT......

Pagi ni, seronok la Qaseh dapat tengok perarakan hari polis di PULAPOL. Dari tengahari semalam Achu dia datang ambik dekat sekolah dan call mlm tadi mintak nak tidur rumah Achu sebab nak tengok kuda katanya...hihihihi 





You May Also Like

8 comments

  1. wahhh lamanya dah 210 tahun hehe. selamat hari polis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...lebih tua dari tok nenenk moyang lagi.....

      Delete
  2. taksangka pulak sampai 210 tahun dah hehehe happy birthday polis :D

    ReplyDelete
  3. Selamat hari polis buat semua polis di Malaysia. Terima kasih atas pengorbanan anda semua.

    Klik2 sini juga ๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjuang melindungi negara kita kannn

      Delete
  4. ๐ŸŒธ๐Ÿ’“๐ŸŒผ๐ŸŒธ๐Ÿ’“๐ŸŒผ๐ŸŒธ๐Ÿ’“๐ŸŒผ
    Hi ... Singgah dari Kumpulan Kami Suka Terjah Blog ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...
    ๐ŸŒธ๐Ÿ’“๐ŸŒผ๐ŸŒธ๐Ÿ’“๐ŸŒผ๐ŸŒธ๐Ÿ’“๐ŸŒผ

    #jombercontest
    #kisahhidupku

    ReplyDelete