MENABUNG DENGAN CARA YANG PALING BERKESAN DAN SWEET....

by - 12:09 PM

TABUNG QASEH
Sweet tak?? hihihihi Gurau je.. Liez dok tengok +Fhatin Amelia buat entry pasal menabung si hijau dan si oren tu... Teringat pulak cara my lil princess Qaseh.
Pada Liez memang berkesan dan sweet la..Setiap hari without fail, Qaseh akan mintak duit dekat baba dia. Selalunya dia mintak duit kecik la.. maknanya RM1. Tengok la mood dia, klau tak dia mintak sampai RM2... hihihi memang dia akan mintak sebelum kami gerak ke nursery. So duit dia tu, akan dia simpan dalam dashboard kereta... Setiap petang lepas ambik dia dan Niyaz, dia akan bukak dashboard dan check duit tu.. Liez memang tak usik pun.. Bila dah banyak, dia akan bawak balik rumah dan masuk dalam tabung peti pos tu... 
Ada satu lagi cara dia nak dapatkan duit menabung. Setiap kali kami breakfast dekat cafe clubhouse condo kami tu, dia yang akan mintak duit dekat baba dan bayar pada kakak cashier tu. Time ni kena berjaga-jaga la sebab if bagi duit besar dan ada balance yang banyak, dia tahu nak pilih duit besar RM 10 atau RM 20. Dia return pada baba dia duit kecik.... Kita mintak pun memang takkan dapat.. Sebab katanya nak masuk tabung la, nak belanja nenek ABC la...
Haaaa sweet kan ?? Liez hanya simpan duit hijau je buat masa ni. Tapi kadang-kadang bagi jugak duit besar dan masukkan dalam tabung Qaseh tu.. Sebenarnya saja je beli tabung peti pos tue sebab Qaseh suka mintak duit syiling sebelum ni. Nak elak duit tu bertabur dan salah satu cara menabung la kan... Qaseh memang tak bagi orang ambik tabung dia tue, Even Niyaz pun..
Ada sekali, baba dia ambik tabung Qaseh tu secara senyap untuk ambik duit syiling 50 sen. Bawak masuk bilik dan korek senyap-senyap. Sebab nak keringkan baju dekat Self dobi bawah condo je..Banyak jugak duit syiling 50 sen saja dah dekat RM50 tau... Baba dia kata dekat RM1++ jugak la...
Mungkin boleh kita gunakan anak kita untuk kita menabung. Bukan apa, if terdesak boleh la guna, if not simpan je la kan...


You May Also Like

5 comments

  1. Ana tabung duit syiling je. Sekali penuh dpt lah rm50++. Tukar dekat pasar lepas tu sambung menabung semula 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah menabung berapa pun... asalkan ada hasil dan boleh guna pakai bila emergency kannnnn

      Delete
  2. kecik-kecik dah start menabung anak sis hihihi bagus tuu!

    ReplyDelete
  3. hahaha...bijak sungguh idea suruh anak menabung buat kita tu...ehh jap kita pun menabung gak kt opis tapi duit syiling..hehe

    ReplyDelete