JOM MASAK : KUIH KERIA GULA MELAKA

Hihihihi Liez pun sibuk la nak buat kuih keria nie.. Duk viral sekarang ni. Hari tu pergi Melaka memang niat nak singgah la beli Kuih Keria Antarabangsa tu... sekali tengok ramai betul orang beratur..huhuhu tak sanggup la Liez.. Lepas tue kluar la resepi macam mana nak buat kuih keria gula melaka ni... Liez pun dah pasang niat nak buat.. So last week balik Gapi, Liez berjaya buat...Yahooooo... Resepi Liez ambik dari FB je...

KUIH KERIA GULA MELAKA

Bahan:
500gm ubi keledek (kalau ikut puan azlina ina, ubi keledek putih kurang air, jd lebih mudah untuk menguli dan membentuk)
1 cup tepung gandum*
1 sudu makan tepung beras(membukit)*
2 tsp baking powder*
1 tsp garam halus*
1/2 sudu makan gula*
Sedikit tepung gandum/1/4 cup tepung gandum ketika menguli (untuk campurkan ketika menguli jika lembik/letak di tapak tangan dan pinggan. Untuk elakkan melekat.
Bahan sira:
100gm gula melaka ketul dihancurkan
1 1/2 sudu makan gula
1 ketul gula batu(untuk rangupkan sira)
1/4 cup air(lebih kurang atau kurangkan lagi kepada 2-3 sudu air untuk cepatkan gula mengeras)
Cara:
1. Rebus ubi hingga empuk.
2. Lenyek ubi.
3. Campurkan bahan * dengan ubi.
4. Gaul dan uli.
5. Bentukkan adunan. Gunakan tepung gandum di tapak tangan untuk elak           melekat ketika membentuk.
6. Susun kuih keria.
7. Panaskan minyak. Goreng. Kawal api.
8. Setelah masak, angkat dan tos.
9. Dalam periuk lain, masukkan bahan sira.
10. Kawal api. Biarkan sehingga larut dan berbuih. Setelah pekat, barulah               masukkan kuih.
11. Masukkan kuih dan kacau hingga bersalut. Gaul dan gaul sehingga mula           nampak gula keras pada kuih.Ketika proses ini api jangan ditutup 
12. Setelah kuih bersalut. Letak atas radai. Siap!.

You May Also Like

2 comments