Semut sedang renang berirama.....gempak tuuuu

by - 2:43 PM

Masalah semut ni memang kat mana-mana pun memang tak boleh nak elak... Dekat rumah Liez punya banyak semut. Even baru-baru ni punya la buat sup ayam untuk Niyaz, slow cooked 5 jam tau.. then carik-carik isi ayam dan sangai.. Nak buat serbuk ayam la untuk stock makanan Niyaz. Lepas sangai Liez biarkan atas dapur bagi sejuk sebelum nak blend bagi halus..
Tak sampai 20 min kot, Liez pun ke dapur semula nak blend tup tup..... bala tentera senyum dah kerumun isi-isi ayam tu... Wahhhhh sudah berani dia panjat dapur dan terus ke isi-isi ayam tu..
Allahuakbar.. Liez klau semut barang 3,4 ekor boleh la nak kuis-kuis buang tapi klau dah berpuluh, beratus mungkin macam mana nak kuis kan... akhirnya Liez buang je isi ayam tu.. Memang buka rezeki Niyaz la....
Kat ofis pun sama jugak masalahnya... Semut boleh beramai-ramai terjun dalam kettle... Air masak je kannn.. tapi berpuluh ekor kat dalam tue.. Kadang-kadang berkumpul dalam air tue..
Pagi ni masuk ofis. Semalam Liez cuti. Tengok la apa la yang seketul dalam botol air bertutup tu... Penutup botol tu tak pusing rapat pun..Bukak tengok... Laaaaaa sekumpulan semut sedang renang berirama ....Aduhhhhh
Geli pulak tengok banyak berkumpul.. Sabar je la...
Klau tokmak Liez dia akan rendam benang dengan minyak dan ikat pada balang gula.. so semut tak kan sampai dalam gula.. Liez pun duk buat kat rumah tapi sapu minyak pada muncung cerek.. Alhamdulillah takde dah semut masuk..Even bekas isi air masak pun Liez sapu sikit minyak pada penutup air..


video
Sejak dua menjak ni, semut suka masuk dalam air masak.. Maybe diaorg pun ada kesedaran tentang kencing manis...hihihihi

You May Also Like

2 comments