BABYBOX MALAYSIA - PROJEK KHAS BABYKIT

by - 2:36 PM



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kami merupakan sebuah NGO berdaftar di bawah nama Cradle of Love Association (COLA) / Persatuan Buai Sayang (PPM-051-10-19012016). Babybox Malaysia memberikan bantuan keperluan bayi serta pakaian baru dan terpakai kepada bayi yang berusia 0 sehingga 12 bulan.
Projek yang sedang kami jalankan ketika ini adalah #misibabykit. Konsep #babykit ini berbeza sedikit dengan projek utama kami iaitu #babybox. Ianya lebih kepada memberi respons pantas, universal dan padat kepada bayi-bayi di kawasan bencana. Ianya mula diperkenalkan semasa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu yang lalu.
Barangan yang dimasukkan ke dalam #babykit ialah :
1. Lampin pakai buang (M) 5 keping
2. Tisu basah 1
3. Pek mini tisu biasa 1
4. Minyak telon 1
5. Bedung/selimut/lampin kain 1
6. Sabun mini 1
7. Bedak mini 1
8. Tuala mini 1
9. Baju bayi 6-12 bulan 3 pasang

Oleh itu, kami amat memerlukan bantuan daripada pihak tuan/puan untuk menjalankan #misibabykit ini. Setiap #babykit ini bernilai RM25.

Jika pihak tuan/puan berminat, boleh hubungi kami melalui email : projekbabybox@gmail.com atau di talian 018-2026716.
Perkongsian poster dan maklumat tentang #babykit juga merupakan satu bantuan yang kami amat alu-alukan.
Page rasmi kami:
https://www.facebook.com/projekbabybox/
No account (MBB): 562393510017 Persatuan Buai Sayang

You May Also Like

0 comments