RAWATAN SONOTRON UNTUK MERAWAT BATUK DAN SELSEMA

by - 7:30 PM



APAKAH ITU SONOTRON?
Terapi Sonotron ialah salah satu kaedah yang cepat, selamat dan sangat berkesan, sama sekali bukan invasif/ pelengkap rawatan perubatan untuk pesakit dengan kesakitan kronik dan akut pada sendi dan tisu lembut, tanpa perlu menggunakan ubat-ubatan tidak memberi apa-apa kesan sampingan yang buruk.
APA YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN SONOTRON :
- Batuk/ Tention Cough
- Kahak/ Bronchiolitis
- Sakit tekak/ Sore throat
- Lelah/ Asthma
-Resdung/ Sinus
-Migrain/ Migraine
-Angin Ahmar/ Stroke
-Gastrik/ Gastric
-Ekzema/ Eczema
-Kudis kusta/ Sores Due To Leprosy
- Kayap/ Shingles
-Sakit Pinggang/ Lower Back Pain
-Sakit Belakang/ Upper Back Pain
-Sakit Pinggul/ Hip Pain
-Sakit Bahu/ Frozen Shoulder
-Sakit Sendi/ Arthritis
-Terseliuh/ Sprain
-Jari Lenguh/ Trigger Finger
-Sakit Pergelangan Tangan/ Carpal Tunnel Syndrome
-Kaki terseliuh/ Ankle sprain
-Terbakar/ Burns
-Luka/ Wounds
-Bengkak tisu/ Swelling of soft tissues

Story ni masa bulan puasa hari tu. 
1 week before nak raya anak-anak dilanda batuk dan selsema. Qaseh kena dulu lepas tue tak lama Niyaz pulak dapat. Mana tak nya, kakak kerja kiss je adiknya.. Dah tak boleh nak halang dah..Kena kiss bertubi-tubi lagi ada la..hihihi ...Selalu memang Liez akan bawak jumpa Doktor Nadir dekat Wangsa Maju tapi ada terbaca pasal rawatan Sonotron ni dekat group FB  Natural remedies . Baca-baca then macam nak cuba je.
Terus hantar LINE message ke Dearie. Bagi info sikit pasal Sonotron dan dia pun kata jom cuba..Bukan banyak klinik yang ada rawatan Sonotron ni. So, Liez jumpa satu klinik yang memang dekat sangat dengan rumah. Dan jugak satu jalan nak ke Rumah Mak Ayah lalu Ulu Yam.Kena call dulu buat appoinment sebab 1 rawatan untuk bayi dan kanak-kanak ambil masa 30 minit. So set time pukul 2.30 petang.

Sesampai disana, memang keadaan klinik mesra kanak-kanak. Masa kami sampai tu, ada orang yang menunggu turn.Bila nama di panggil, so masuk la kami dalam bilik rawatan. 1st, buat Qaseh dulu. Dia macam takut-takut sebab mesin tu keluarkan bunyi bising sikit. Then alat tue macam pistol. Lama kelamaan dia pun dah ok la..
Qaseh muka ketakutan, cuak je
Baby cool mama relax je...Kejantanan terserlah hahahahha
Then turn Niyaz pun sama. Dia macam pelik la apa la diaorang nie buat dekat dia. Hihihi yang baiknya, Niyaz senyap je tak menangis pun. Cool boy sangat..hihihihi pembantu perubatan pun peramah kan.. Dia terangkan pantang larang lepas buat sonotron. Pantang makan je. Tak boleh makan coklat, kentang dan buah sebab tue agen pemekat kahak. So pening dah mama nak explain pada Qaseh yang dia tak boleh lagi minum susu coklat buat sementara waktu. Dan mama kena pantang sama sebab breastfeed Niyaz.. huhuhuhu redhoooooo je. So rawatan nie akan pecahkan kahak-kahak dan akan dikeluarkan samada melalui muntah atau pun najis. So Qaseh, memang kami harap dia muntah la. Sebab dia memang tak suka klau muntah. Niyaz the champion boy memang melalui poo poo dia je..
Alhamdulillah dlm 2 hari, batuk selsema diaorg dah ok.. Boleh balik raya di Ipoh dengan sihat.
Pusat Terapi Shafa berada diatas Klinik Dr Fauziah
Boleh cari pakai Waze ye
Tangga naik ke atas klinik
Caj rawatan yang berpatutan dan berbaloi-baloi



Bilik rawatan
Surau pun disediakan
Ruang menunggu
Dalam bilik rawatan. Mesin tu la alat sonotron tu
CAWANGAN SELAYANG BATU CAVES
ALAMAT : NO 15A, JALAN 2A/1, BBS FASA 2A, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.
NO TEL : 03-61870757
CAWANGAN SERI GOMBAK
ALAMAT : NO, 57 JALAN SG 3/10 TAMAN SRI GOMBAK, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.
NO TEL : 03-61890757
Waktu operasi 8 pagi -10 malam. Boleh call untuk buat appointment

You May Also Like

0 comments