PETUA : MERAWAT UBAT BATUK DAN SELSEMA UNTUK KANAK-KANAK

by - 7:00 PM

Masa Qaseh setahun, dah stop bagi makan ubat-ubat sebab dia serasi dengan natural remedies. Tiap kali selesema dan batuk mesti Liez buatkan sup berubat yang direneh selama 9 jam.Buat malam dan biarkan dalam slow cooker sehingga 9 jam. Esok pagi boleh dimakan dengan nasi atau pun pasta. Qaseh cukup serasi sangat. Sekarang bila dia selsema dan batuk, Liez amalkan buat jus nenas. Dah tak buat sup sebab stok ayam dan jarang ada dalam fridge tue. So buat benda yang senang nak buat.
Bahan-Bahan:
* Sebiji buah nenas yang masak(tak kisah Josephine ke nenas madu ke asalkan nenas)
* 3 hirisan lemon (sekali kulit ye, buang bijinya)
* Seinci halia.
Cara-cara:
Buang nipis kulit nenas, cuci . Buang empulur dalam dan potong kecil-kecil.


Masukkan dalam blender or juice processer kesemua bahan-bahan tadi dan blend sampai hancur. KLau sap pakai Kuvings dan seangkatan denganya tak perli tambah air. Klau pakai blender memang kena letak air sedikit utk bagi dia hancur.Tapis airnya dan minum. Klau buat banyak, simpan dalam baling kedap udara dan simpan didalam peti sejuk. Boleh tahan selama 3 hari.


Alhamdulillah, cara minum jus nenas pun serasi dengan Qaseh. Liez pun try, memang sesuai.
So, kawan - kawan boleh la cuba. Boleh juga dicampur dengan madu klau sesiapa tak tahan rasa masam tu. Sedap tau.. jangan letak lemon banyak sangat nanti pahit pulak..

You May Also Like

0 comments