NURSERY QASEH TELAH TAMAT PERKHIDMATANYA !!!

by - 7:00 PM

 Hujung tahun dapat berita mengejut, tue pun dari kawan sekolah
yang hantar anak di nursery yang sama.
Dia siap forwardkan conversation between pengasuh dan wife dia..

BETUL!! Nursery akan ditutup terus.
Salah satu sebab, tuan rumah telah menaikkan sewa rumah dari 1.5K ke 2.3K.
Giler banyak tue.. Naik sampai 800 kot..

Then sebab kedua, maybe dia dah tanya pada ibu bapa yang anak-anak dah start sekolah.
So ada yang tak stay dekat nursery tue.. So tak dapat nak cover expenses
sewa rumah lagi, dengan gaji pekerja lagi.

So diaorg decide untuk tutup nursery. Tapi sayang la sebab dah 15 tahun nursery tue.
Tue la, nak buat macam mana kan.. Redho je lah..
Last day on 30 Dec hari tue.
Tapi 2 hari sebelum tue dia dah duduk dengan Achu dia dekat Pulapol.
Memang suka la sangat kan bila duduk ngan Achu dia..

Sebenarnya ok je hantar ke nursery tue sebab tak banyak songehnya..
Tapi nak buat macam mana memang dah tak boleh nak diselamatkan..
So kena lah Liez cari pengasuh untuk jaga Qaseh dan baby bulan April nanti.

Sebulan nie sementara nak tunggu due date nie, hantar Qaseh ke rumah Achu dulu.
Achu pun tak keje lagi so boleh la jaga kejap kan...






You May Also Like

0 comments