JOM MASAK - RESEPI DADIH HIRUP

by - 4:14 PM

Since seminggu dua nie , orang duk havoc cerita pasal kesedapan Dadih hirup tue..
So Liez pun plan dengan nenek Qaseh nak buat sendiri dadih hirup tue..
 Dan nak jadi cerita ada pulak resepi dari Kak Azlita Aziz.

Memang dengan pantas nya buat mlm Hari Malaysia. 
Serius sedap tau.. Dan tak manis sangat macam  yang ada dijual dipasaran.
Boleh kurang kan lagi sukatan.. Tapi for me memang just nice je.


Tengok warna nya.. Pergghhh mengiurkannnn...

BAHAN - BAHAN
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
  

CARA MENYEDIAKAN
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata. Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry

Sediakan botol kaca secukupnya
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'. Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan.Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw.
Dia sentiasa jadi model makanan mama paling comel

You May Also Like

4 comments

  1. tq for this sharing!!! yayac dari BW UZU ...BW sini....yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

    http://www.yayacendana.com/2015/09/kaio-studio-photographer-videographer.html

    tq.... :)

    ReplyDelete
  2. Kuantiti bahan ni utk brapa botol eh sis ?

    ReplyDelete
  3. Salaam. Mohon share resepi ye. Tq.

    ReplyDelete
  4. Salaam. Mohon share resepi ye. Tq.

    ReplyDelete