CUTI HARI KEMERDEKAAN....PART 1

by - 1:24 PM

Semalam Qaseh mengamuk " Nak alan-alan" (nak jalan-jalan).
Mengamuk sebab nenek, atok, acu dan chu keluar dari rumah kami 
untuk ke rumah achu dia pulak.
Histeria la dia. Mama tak mandi lagi sebab ingat nak kluar petang2 sikit.
Baba dia duk tido dalam bilik. Apa lagi kelam kabut la pujuk nie tue pun tak jalan..
Nak gak g Alan-alan...
Mama kelam kabut g mandi dan baba kena la pujuk.. Tak makan pujuk jugak..
Nak alan-alan jugak.. Tak sabar betul la anak dara mama nie..
 So both of us bersiap kelam kabut semua..
Masuk dalam kereta , Qaseh mintak susu. Kereta belum la start enjin, tup tup dia dah tido.
Haiiii la anak mama baba nie.. mengamuk nak jalan-jalan tapi dia tido pulak.
Apa nak buat, kluar jugak la sebab nak lunch skali kan.. Terus zass ke Wangsa Walk Mall.
Punya bising dalam Wangsa walk tue dia tido dengan lenanya..
Lunch kami this time cuba la makan dekat Absolute Thai.
Restoran thai. Kira first time nak cuba.
Masuk dalam restoran pun dia tak bangun-bangun jugak..
So mama ngan baba makan dulu la ye..
Seriously, foods dia memang sedap. Recommended .
  Boleh visit website Absolute Thai Restaurant
 
My dish nie.. Stir Fried Rice noodle with prawn (Phad Thai)

Phad thai dia memang cukup rasa semua..hmmm teringat lagi


Creamy Coconut Chicken soup..

 Memang mantop rasa maca tom yam je.. Teringat-ingat lagi rasanya

Beef Soup noodle untuk Dearie kita.. Serius banyak dan tasty



 After lunch pusing-pusing WWM then meet up dengan my mum pulak.
Then adik yg bongsu dengan wife pun datang nak join, after 1 hour  adik yang no 3 datang
nak join. Jalan - jalan tetiba diaorg plan nak main bowling pulak.

Masa on the way nak ke tempat bowling, adik no 2 kata dia nak join.. So cukup
la 1 family we all... hihihi cuma ayah je dia malas nak join.

Lepas pekena makanan pedas, kasi sejuk dengan ais krim kelapa la pulak


You May Also Like

1 comments

  1. harus dicoba...kot2 ada tak absolute thai ni kat KL Sentral hehe

    ReplyDelete