GEMBIRAKAN ANAK-ANAK YATIM/FAKIR MISKIN SEMPENA RAMADAN

by - 12:45 AM

Ini dari salah satu kawan di dalam Facebook.. Sama -sama lah kita membantu anak-anak yang memerlukan bantuan kita. Tak kira besar atau kecik bantuan kita.. Sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati mereka...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sempena Ramadan yang semakin hampir, The Telekung Project (PPM-018-10-15082012) sedang berusaha mengumpulkan dana untuk menyediakan 5000 iftar kit utk diedarkan kepada anak-anak yatim/fakir miskin di rumah-rumah kebajikan seluruh Malaysia (rumah yang terdapat dalam database Telekung Project).
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).
Iftar kit ini akan diberikan bersama-sama naskah Al-Quran sebagai hadiah Ramadan kepada anak-anak yatim/fakir miskin ini. Di dalam iftar kit ini akan diisikan dengan makanan sunnah (kurma & kismis), biskut dan coklat, bijirin dan chips serta minuman utk anak-anak ini menikmatinya berbuka atau sebagai snack diwaktu malam.
Setiap pack ini kami anggarkan kos sejumlah RM 8.00 / utk satu IFTAR PACK.
Kepada yang berminat untuk menyumbang seikhlasnya boleh lakukan demikian melalui:
heart emoticon CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
heart emoticon MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan IFTAR KIT
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193337151
heart emoticon heart emoticon heart emoticon Sgt penting: Mohon isikan borang di bawah utk tujuan DATA AUDITING KAMI:
https://fs30.formsite.com/telekungp…/iftarkit2015/index.html
Terima kasih atas kesudian sahabat menyokong usaha ini untuk menggembirakan anak-anak emas yang berpuasa. Dan pastinya admin perlukan pertolongan sahabat-sahabat semua utk menyebarkan kebaikan ini kepada seramai orang dan semoga usaha ini berjaya....
Salam Ramadan Mubarak.
Salam Ukhwah,
Azila Aziz

You May Also Like

0 comments