Cara alami untuk merawat anak kecil demam dan selsema

by - 11:20 PM

Seriously dah hampir setahun Qaseh tak diberi makan ubat klau dia batuk, selsema atau demam.
Aku ada follow seorang sahabat yang memang mengamalkan cara alami
untuk mengubati anak nya. Jadi aku cuba mana tahu menjadikan...

Alhamdulillah dengan bantuan Allah swt, cepat je baik Qaseh dari demam batuk dan selsema..

Apa yang perlu dilakukan:

1) Mandikan atau biarkan anak berendam dalam air yang dimasukkan potongan lemon +  PEVOO (Palestin Extra Virgin Olive oil). Tapi harga PEVOO agak mahal. Aku gunakan hirisan lemon dengan Epsom salt. Sama je fungsinya.
2) Kalau anak demam, pakai stokin yang telah direndam dengan air yang telah dituang 
cuka apple (Apple cider). Badan dan kepala anak jugak boleh di lap dengan air tadi.

3) Boleh letakkan potongan bawang besar di sebelah anak ketika tidur.

4) Buat minyak untuk disapukan pada tapak kaki, dada dan belakang badan anak. Cara nya mudah je.. Bahan pun senang nak dapat dirumah kita. Bakar bawang putih dengan kulit sekali di atas api.
Bila bawang putih sudah hitam, boleh la diangkat dan lenyek bersama minyak zaitun. So boleh la digunakan untuk disapukan pada anak tadi. Sapu sekerap yang boleh. Pakaikan baju yang buruk-buruk sikit kalau takut baju kotor. Satu lagi, homemade balm dari Kunyit hidup + air lemon + PEVOO + VCO.

5) Boleh juga bawang yang dibakar tadi di lenyek dan dipakaikan di kaki anak.. Caranya, sarungkan stokin yang nipis, kemudian satu lagi stoking dimasuk kan bawang tadi dan sarungkan pada kaki anak yang dipakaikan stoking nipis tadi.. Cara dua lapis nie untuk elak kaki anak melepuh dengan kepanasan bawang putih tue. takut melepuh pulak kulit anak kan..

6) Amakan bagi makan VCO (Virgin coconut oil) dengan serbuk habtussauda. 

7) Minum air barli.

8) Pakaikan baju berlubang untuk mengeluarkan haba panas dari badan.

9) Kerapkan breastfeeding anak. So maknanya, ibu jugak kena jaga permakanan pada waktu ini.

10) Ini aku selalu buat. Sup tulang ayam yang direneh selama 12jam. Dalam sup nie kena banyakkan bawang putih, halia, bawang dan PEVOO. Resepi aku akan post next entry ye.. Mudah sangat dan yang paling best anak dara tue boleh makan sendiri dan mintak tambah sampai 3 kali..


Kalau boleh elakkan anak kecik kita dari diberi makan ubat kerana badan mereka
sebenarnya sudah ada antibody yang boleh melawan penyakit.

Kalau dari kecil dah diberi ubat, takut nanti antibodi dan terbiasa 
dan penyakit senang hinggap..

Aku tidak sepenuhnya amalkan cara alami untuk kehidupan kami seharian.
Tapi mana yang dapat aku buat, aku akan cuba amalkan..

Oklah.. aku pun dah nak off laptop nie.. Baru lepas tidokan simanja tue..
Nak kemas rumah sikit sebab family in law nak datang tidur .
First time nak datang tidur since kami pindah rumah sendiri december lepas.
So nak kemas apa yang patut nak menyambut special guests esok..





You May Also Like

1 comments