Kejadian minggu ke 2 Qaseh di nursery

by - 12:31 PM

Ok this entry nak cerita pasal kejadian yang menimpa Qaseh sayang ku.

Masa nak jemput Qaseh, Aku tengok di kluar je dengan bekas merah di tepi mata dia.
Besar jugak la. So penjaga taska tue bagitahu Qaseh kena gigit dengan budak lain.
Ceritanya, masa pagi tu Uncle Aryan pimpin tangan Qaseh
 dan bawak pergi salam dan cium budak- budak lain.
Masa tu tak de hal la. Tapi masa petang tue, Qaseh secara solo pergi la nak salam and kiss 
budak-budak tue la tapi kena salah budak pulak. Budak tue memang Dracula kot hahaha
Dia ngap la tepi mata Qaseh. Apa lagi menangis la Qaseh tapi sekejap.
My Happy baby even kena gigit
Masa balik tu, saja aku tanya Uncle Aryan sapa yang gigit Qaseh. Katanya Qayyum.
Rupanya, dia jugak budak yang pernah "membaham" belakang Uncle Aryan masa 
mula-mula hantar ke nursery. hahahhaah
Memang lawak la kan.. Dracula yang sama. 
Tapi bagi aku, itu perkara kecil sebab budak-budak lagi
Kalau dilakukan oleh orang besar memang aku pergi buat report la kan.
 Tapi Qaseh nie dia kluar dari nursery muka senyum je. Bila tanya mana sakit,
Dia tunjuk je tapi gelak-gelak. Haiiii anak mama nie.
Kuat dan gagah macam mama dia jugak kan.. hihihi

Rupanya, Uncle Aryan duk cerita dekat mama dia pasal Qaseh kena gigit. 
Dia rasa bersalah sangat sebab tak jaga Qaseh masa kejadian tue.
Ye la, sebab dia janji nak jaga Qaseh. Tak pe la..Aryan tak salah pun kannn
Along tetap sayang Aryan sebab jaga Qaseh untuk Along.

Pasal Aryan nie, dia anak bongsu paksu aku. Mak aku jaga dia dari kecil sampai
la mak dan ayah berpidah ke Rawang. Sebab ayah dah pencen so tak boleh
stay dekat kuartes kerajaan. So Berat hati la mak aku nak lepaskan Aryan
Tapi nak buat macam mana kan. 
Mak aku dah jaga anak-anak Paksu dari dalam pantang lagi.
Budak penat sangat sampai tidur menonggeng
So Aryan paling pok pek pok pek la.. Petah bercakap, cerdik lak tue.
Masa Qaseh belum lahir, kira sebelum mengandung memang
Aryan nie la penghibur aku dan my Dearie. Rajin bawak dia keluar jalan-jalan
Sampai la sekarang nie. Tapi sekarang nie kurang la sebab dah duduk jauh.

Semoga anak mama baba dilindungi dan dipelihara oleh Allah swt.


You May Also Like

0 comments