RESEPI KACANG POOL

by - 11:09 PM

Entry kali nie kita bagi resepi satu daripada makanan orang johor.
Iaitu kacang pool. Resepi nie aku dapat dari blog Chef Mat Gebu.
Terima kasih atas resepi yang diberikan..

Bawak bekal pergi ofis hari

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang pool, toskan dan ramas hingga hancur
1 tin kecil baked beans
200 gram daging lembu kisar
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar ketumbar serbuk
1 kiub daging (optional)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Roti paun atau roti perancis atau roti biasa pun boleh
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, dididadu
Limau kasturi secukupnya
Minyak sapi cair

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
  3. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair). 
  4. Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....Sedap dimakan suam..

You May Also Like

2 comments

  1. Salam singgah...saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya balik =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mat gebu memang sifu blog masakan, nampak macam sedap je.. nice sahring :)

    ReplyDelete