ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH ......

by - 10:58 PM



Sebelum ini pun telah aku tulis didalam blog bahawa aku cukup sensitif bila mendengar atau melihat kejadian yang menyayat hati melibatkan kanak-kanak.
Cukup sensitif. Aku yang dulunya hati kental, tak kisah untuk menonton video penderaan, kekejaman terhadap anak2 tapi kini aku tidak mampu untuk melihat walaupun aku cuba untuk mendengar sahaja.

Aku akui aku menjadi seorang yang lembut hati dan ngilu melihat akan video-video itu. Tak termampu untuk memainkan video-video lagi. Selepas aku melahirkan Qaseh.
Benar kata orang, naluri seorang ibu begitu kuat. Cepat tersentuh dan sensitif. Aku macam dapat merasakan yang aku melalui detik-detik itu. Saat yang menyakitkan, menyedihkan, menakutkan dan segala jenis perasaan yang tidak baik.
Gambar Pelajar OKU
Gambar: http://www.beritasemasa.com.my

Sekarang sedang rancak bercerita tentang seorang ibu yang sanggup membiarkan anak OKU nya hidup dalam keadaan yang menyayat hati. Ditinggalkan berkurung didalam bilik yang busuk dengan najis dan air kencing merata-rata, keadaan baju yang sudah reput dan lebih memilukan keadaan diri anak itu kurus kering.  YA ALLAHHHHHHHH..... begitu kejam ibu itu. Sanggup membiarkan anak istimewa itu sedemikian rupa.  Anak bakal ahli syurga yang dibiarkan dan diperlakukan sekejam itu. Subhanallah.... Mana perginya naluri keibuan mu ?
Anak-anak anugerah Illahi yang begitu bernilai diperlakukan begitu... Sebak bila aku megenangkan nya ... 

Alasan-alasan yang kau berikan tidak bermakna bagi kami kerana tidak boleh diterima akal.
Kami tahu kesusahan mu membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal tapi bukan ini cara yang kau harus lakukan pada anak istimewa mu itu. Tak dapat aku luahkan betapa geram, sedih dan marah nya diri ini bila membaca isu itu.

Semoga kau akan sedar dan insaf atas apa yang telah kau lakukan pada anak itu. Semoga Allah swt membuka pintu hati mu wahai ibu... Aku dan rakyat malaysia akan berdoa untuk anak mu untuk terus sihat dan kembali seperti sedia kala.. 

Note:
Anak adalah anugerah yang paling terindah. Semoga mama dan baba akan menjaga dan memdidik Qaseh menjadi anak yang solehah dan sempurna mental dan fizikal ke arah SyurgaMU...

You May Also Like

0 comments