Qaseh dah tumbuh gigi..yahoooo

by - 4:12 PM

Actually entry nie dah lama tulis tapi tak di postkan huhuhu
sebab konon nak edit lagi la. huhuhu

Kisahnya Qaseh diserang demam yang pertama after 6 months dia lahirkan.
Ya Allah, hati mama Qaseh memang tak keruan. Terpaksa la ambik EL
Nak monitor temperature badan Qaseh.
Nak jadi pulak, baba Qaseh pulak nak balik kampung waktu tue.
Ader hal penting yang harus diselesaikan.

Tapi alhamdulillah, baba Qaseh dah mintak tolong nenek dan atok Qaseh datang
teman Qaseh dan mama buat 2,3 hari nie.
Dan pulak nak jadi cerita sedih, air tak de. Kena catu
Subhanallah, memang dugaan. Ader tadah air satu bekas je
tapi faham-faham je la baba Qaseh mandi pakai air banyak tauuuu
(Hihihihihi gurau je tau baba Qaseh)

Nenek dan atok Qaseh plan nak datang petang jumaat tapi 
mama Qaseh bagitahu Qaseh demam, terus nenek dan atok 
sampai KL pukul 11 pagi. Peeerrrghhhhh sayang betul nenek dan atok kat Qaseh yee...

Uuusshhhh... meleret lak cite nie. Ok berbalik pada story 
Sejak 2,3 menjak nie Qaseh asyik menggigit je. Jari mama baba pun dia belasah gigit.
Ada satu hari, masa sedap dia menggigit tiba-tiba....
terasa ader benda keras dekat gusi Qaseh.

Apa lagi mama Qaseh godek la mulut dia tengok-tengok
ada sebatang gigi dah tumbuh sikit.
Patut la air liur dia mencurah bak air terjun Victoria tue..
Rambut mama dah lama berguguran ke lantai dan satu rumah, so mama tak kisah
kalau mama botak pun. Cuma risau baba Qaseh la tak selera tengok mama botak nanti
HAHAHAHAHAH

Maybe demam 2,3 hari nie pun sebab nak tumbuh gigit tue kot.
Then lagi cuaca panas dengan berjerebu lagi.
Kesian Qaseh. Bila malam je badan dia panas je. Ader sampai 37.8 jugak la
Malam-malam nenek ngan atok bangun sama jaga Qaseh.
Nenek siap lap-lap badan Qaseh dengan kain basah tau.
Mama dengan nenek tidur tak lena sebab nak monitor body temperature Qaseh.

Tapi Qaseh good girl sangat. Tak merenggek pun just Qaseh  akan 
guling- guling, baring, tidur je atas comforter. 
Bila dah lama sangat, baru merenggek nak susu or nak tido je.
Mama tahu Qaseh tak selesa badan. Dengan selsema dan batuk-batuk.
Skrg dia dah ok.

Note: Mama baba Qaseh excited sangat bila si anak dah mula ader gigi.
Dan dah ajar sikit makan solid food. Cuma tak kerap bagi sangat la..
Selang 2 hari bagi makan solid food.

You May Also Like

0 comments