Saat - saat melahirkan ........ (Part 2)

by - 11:46 PM

5hb September  (Khamis 29 Syawal) .........


Pukul 6.00 pagi nurse sudah kejutkan dan suruh pergi ke bilik doctor untuk check bukaan masing-masing.
Macam takut je..macam nervouse je waktu nie ... ye la tak tahu macam maner doc check bukaan kan.Lebih sepuluh orang beratur dan masuk bila nama dipanggil.

Bila nama aku dipanggil, aku terus masuk dalam bilik doctor. Ader 4 orang nurse dan seorang doktor wanita india. Perghhh alhamdulillah, doctor perempuan..pufthhhhh Takut nya klau doctor lelaki. Ye la nak tengok bahagian bawah yang mahal tue maner leh sebarangan..

Pengalaman diseluk tue yang memang sakit. Waaaaaaa rasa macam nak 
tendang je doctor tue... huhuhuhu
Yang suprise nya, doctor cakap bukaan aku dah 4cm..HAAAAAAAA !!!! Memang terkejut sebab tak rasa sakit pun sebenarnya. Aku bagitahu doc yang aku tak rasa sakit pun. Dia kata normal la tue. Dan doctor dan inform nurse untuk bawa aku ke labor room. Lepas je doctor check, nurse tanya sama ada aku dah membuang air besar ke belum. Aku cakap belum la.. Tambah lagi aku jenis susah berak memang tak la kan..
Terus nurse masuk kan cecair sejuk dalam anus aku dan dengan beberapa saat perut sakit sakit yang memulas. Mula la berebut toilet dengan yang lain. Aku terus ke toilet wad sebelah.. 

Bila doctor suruh masuk labour room, aku dah nervous. Terus call My Dearie cakap maybe bersalin pagi nie. Dia terus la gegas datang dan yang pasti dia tak akan sampai awal pada masanya. Dengan keadaan jalan sesak di MRR2 dan bila sampai hospital kena pulak cari parking. Memang susah nak cari parking dia Hospital Ampang sebab ye la kawasan perumahan kan.

Aku mengemas beg dan bila nurse datang dengan wheelchair nak sorong aku ke labor room, aku pesan untuk nurse simpan handbag dan bag baju aku. My Dearie akan 
ambik bila dia sampai nanti.
Dup Dap Dup Dap Dup Dap ....... Aku disorong ke labor room.. huhuhuhu Takuttttttttt tapi masih mengekalkan wajah ayu dan macho...hahaha

Bila masuk area labor room, baru ku tahu rupanya banyak bilik bersalin didalam kawasan ini. Mungkin proses bersalin bersalin lebih sepuluh orang dalam satu masa. Aku tengok nurse sudah bersiap sedia dia bilik masing-masing. Aku nampak box kecil untuk meletak kan bayi selepas dibersihkan.. Membuatkan aku tak sabar untuk melihat dan mencium si kecil ku nanti.

Bila naik je dia atas katil, perasaan takut menguasai diri. Aku whatsapp My Dearie tanya dia dimana. Nurse pun bertanya mana suami untuk dia menguruskan semua urusan membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin. Waktu menunggu tue, aku tak henti2 berdoa dan berzikir. Dan nurse yang bertugas sangat sporting dan lembut. Tiba - tiba datang seorang doctor lelaki chinese masuk kedalam bilik ku. JENG..JENG..JENG


 - BERSAMBUNG - 

You May Also Like

0 comments