Saat - saat melahirkan ........ (Part 1)

by - 11:46 PM

Kita selalu disorotkan dengan cerita sakitnya bersalin, koyakan yang besar dibahagian bawah dan tak bestnya bersalin caesarean. Walaupun macam-macam kata-kata "kengerian" dilemparkan, sebenarnya
moment-moment melahirkan adalah yang kenangan terindah buat semua ibu-ibu. 

Begitu juga dengan aku. Saat-saat melahirkan permata hati ku Qaseh begitu indah. Hanya Allah swt mengetahui perasaan ku. Perasaan lega selepas 9 bulan membawa badan yang berat sudah berakhir dan perasaan bersyukur kerana Allah swt mengurniakan kami anak yang sihat dan sempurna.

Aku dikesan menhidap kencing manis ketika mengandung di usia 4 bulan. So, dari awal lagi dah diberitahu aku harus melahirkan pada 5 Sept 2013 kerana takut anak dalam kandungan besar dari saiz sepatutnya. Aku sudah diberitahu untuk "menyerah diri" di hospital pada 4hb Sept jika tiada tanda-tanda bersalin sebelumnya.

Tanggal 4hb September tiba ......
Tiada tanda-tanda aku akan melahirkan diketika ini. Jadi aku telah bersiap untuk menyerah diri di hospital.Perasaan ku dan suami ketika ini sangat teruja tapi hati ku berasa sangat takut. Ye la pengalaman pertama melahirkan adalah saesuatu yang baru dan mencabar. Kami mulakan dengan solat taubat berjemaah. Memohon keampunan dan kekuatan mengharungi detik-detik itu.Menitis air mata kami dan aku tak dapat menyembunyikan perasaan takut. Aku menangis teresak-esak  tapi My Dearie menenangkan diri ini.

Selepas sesi mengemas barang untuk dibawa ke hospital selesai, kami keluar dari rumah dan terlebih dahulu menikmati sarapan pagi. Untuk aku, perlu kerana jika aku dipaksa bersalin hari ini jugak,tenaga yang banyak perlu untuk mememudah dan mempercepatkan proses bersalin nanti.

Jadi kami sampai di Hospital Ampang sekitar pukul 12 tengahari. Setiba disana, jantung ku berdengup makin kencang.. Nervous sebenarnya. Selepas melaporkan diri, aku dibawa ke wad untuk beristirehat sebelum pergi "berjuang" esok hari. Ketika ini, My Dearie, mak dan ayah ku serta adik ku serta isterinya datang melawat. Sedikit sebanyak mengurangkan perasaan takut ini.

Dalam wad, ader la dengar suara seorang ibu meraung kesakitan nak bersalin. Ya Allah, memang waktu tue bertambah la rasa takut huhuhuhu .... Tapi otak ni selalu berpesan untuk berzikir dan baca doa nabi ibrahim semoga hilang semua rasa takut tue. My Dearie teman sampai habis waktu melawat pukul 7.00 malam.Lepas tu, aku mencari kawan sembang.Alhamdulillah ader la 3 orang kawan baru dalam wad tue. Seorang tu dah pecah air ketuban dan dah buka 1cm. Yang sorang lagi lambat lagi nak bersalin tapi ditahan masuk wad kerana baby songsang.Yang sorang lagi tue baru masuk la, sama dengan yang 1st tue dah pecah ketuban tapi bukaan 1cm.

Jadi kami bersembang macam-macam tapi topik utama pasal bersalin la. Pada waktu nie nurse akan datang ke setiap katil untuk check jantung baby, ambik tekanan darah dan bagi makan vitamin . Doctor hanya datang sekali untuk bagi penerangan tentang bersalin. Bila tengah malam, macam biasa la aku memang tak dapat tidur lena sbb tak selesa kan.. sepanjang mengandung dari 7 bulan memang tidur akan terganggu dengan nak ke toilet lagi dengan sakit pinggang dan badan. Tapi kawan katil depan aku tue memamg dia tak tidur sebab dia dah rasa sakit dari saat pecah air ketuban. Kejap-kejap dengar dia ke toilet tukar pad sebab air ketuban. Pukul 3.30pagi nurse datang buat pemeriksaan semula. Dan kami harus bangun pukul 6.00pagi untuk pemeriksaan bukaan.


 - BERSAMBUNG -  



You May Also Like

0 comments