Selamat Tahun Baru 2013

by - 11:37 PM


Alhamdulillah, melangkah jugak kita ke tahun 2013 setelah banyak spekulasi
 dari negara barat mengatakan kiamat pada tahun 2012.
Apa da diaorng nie, tue kan rahsia Allah swt.. Tapi ye la kan, diaorang maner percaya kann..

Syukur alhamdulillah kerana Allah swt telah memberikan padaku panjang 
usia untuk menikmati nikmat NYA yang tidak tehingga ini.
Banyak suka duka yang telah dilalui sepanjang tahun 2012, ada suka duka, 
pahit manis dan senda tawa.

Sujud syukurku terhadapNYA kerana memberiku peluang untuk menikmati 
nikmatNYA yang tidak terhingga. Memiliki suami yang penyayang, penyabar dan sporting habis, keluarga yang memahami, kawan-kawan dikala suka dan duka.

Untuk tahun 2013, aku berharap aku dan Dearie akan dimurahkan rezeki
 olehNYA, memudahkan perjalan hidup kami, berkati segala urusan hidup kami, dilindungi olehNYA, semoga dipanjangkan usia kami, ibu bapa kami dan saudara-saudara kami.

Dan tidak lupa semoga tahun ini kami dikurniakan cahaya mata
 harapan keluarga. Doa itu tidak pernah lekang dari ingatan ku.
Semoga tahun ini akan memberiku lebih ketabahan dan ketenangan dalam
 menempuh segala halangan dan dugaan yang diberikan olehNYA.

AMINNNNN......

You May Also Like

0 comments